Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2025

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Perangkawan Gred E9 | 9 | 25 | 25 Ogos 2025 |
| Penolong Pegawai Perangkaan Gred E5 | 13 | 30 | 25 Ogos 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Perangkawan Gred E9
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi, Statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
- Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi, Statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E5
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Prinsipal subjek Ekonomi atau Matematik. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,650.00); atau
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,731.00); atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,812.00); atau
- Diploma dalam bidang Statistik, Matematik atau Sains Aktuari yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,893.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 25 Ogos 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) 2025,
- Jawatan Kosong Tabung Haji Travel & Service (THTS) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



