Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KKDW Tahun 2025

Jawatan Kosong KKDW kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong KKDW

Maklumat Jawatan Kosong KKDW yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap.
Jumlah Kekosongan13
Jumlah Simpanan50
Lokasi PenempatanKementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
Tarikh Tutup Permohonan30 Julai 2025
Jawatan Kosong KKDW

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KKDW ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan.
  4. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Calon lantikan Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,250.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Antropologi dan Sosiologi;
  2. Community and Regional;
  3. General Studies;
  4. Jurusan Bimbingan dan Penyuluh Masyarakat;
  5. Komunikasi dan Sains Politik;
  6. Komunikasi Kemanusiaan;
  7. Masyarakat dan Persekitaran;
  8. Pembangunan Belia dan Komuniti;
  9. Pembangunan Luar Bandar; atau
  10. Pendidikan Dengan Sains Sosial.

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan di atas dan lulus Peperiksaan Khas.

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan yang berkenaan.

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

  • Memenuhi tempoh percubaan;
  • Hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 30 Julai 2025, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KKDW Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KKDW ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KKDW yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More