Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut. Kolej FELCRA kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mencuba nasib dengan mengisi jawatan kosong yang telah ditawarkan.

Isi Kandungan

Apa itu Kolej FELCRA?

Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai agensi Badan Berkanun. FELCRA dipertanggungjawabkan untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan dengan menyertai aktiviti ekonomi. Pada tahun 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan kini telah dikenali sebagai FELCRA Berhad rententan daripada penukaran status daripada Badan Berkanun kepada sebuah entiti Syarikat Korporat yang Diperbadankan menjadi milik Menteri Kewangan dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Kolej FELCRA adalah anak syarikat milik penuh FELCRA Berhad yang ditubuhkan pada 25 MEI 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. Seterusnya, objektif penubuhan Kolej FELCRA adalah untuk

  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau
  • Memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCRA Berhad
  • Memberi peluang dan menyediakan tempat kepada anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma

Oleh itu, memandangkan ramai pencari kerja khususnya warga FELCRA Berhad dan amnya kepada masyarakat Luar Bandar yang sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing, disini kami kumpulkan senarai Jawatan Kosong Kolej FELCRA bagi tahun 2023 yang telah dibuka kepada semua pencari kerja diluar sana.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Maklumat Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023

BIL

JAWATAN KOSONG

SYARAT KELAYAKAN

1.

Pensyarah Undang-Undang

Sila Rujuk LAMPIRAN A
pada

<<< IKLAN PENUH PERMOHONAN

dibawah

2.

Pensyarah Bahasa Arab

3.

Juruteknik Pertanian dan
Lanskap

4.

Pensyarah Pendidikan Awal
Kanak-Kanak

5.

Pensyarah Bahasa Inggeris

Syarat/Kelayakan Permohonan 

Seterusnya, syarat-syarat permohonan kekosongan Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023 adalah seperti yang disenaraikan berikut:

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 FEBRUARI 2023
  • Pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan
  • Syarat kelayakan akademik yang lebih terperinci boleh dilihat pada hebahan rasmi kekosongan jawatan

Cara Memohon

Calon-calon yang ingin membuat permohonan kekosongan Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023 WAJIB mengisi Borang Permohonan Jawatan FESSB beserta dengan dokumen-dokumen yang berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Resume
4. Salinan Sijil-Sijil Akademik
5. Salinan Sijil-Sijil Kokurikulum
6. Salinan Sijil-Sijil Berkaitan (jika ada)

Borang permohonan beserta semua dokumen-dokumen berkaitan perlu dihantar melalui e-mel kepada [email protected] dan perlu menulis NAMA JAWATAN YANG DIMOHON pada SUBJEK e-mel permohonan. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN 

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Polis Bantuan Februari 2023, Kerja Kosong di Felda, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Apa tips menghadiri temuduga?

Persedian yang cukup sebelum menghadiri temuduga adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa tip penting untuk menghadiri temuduga:

1. Membuat sedikit kajian dan dapatkan maklumat awal tentang Syarikat sebelum menghadapi temuduga.

2. Sediakan pakaian untuk ke temuduga seawal 1 hari sebelum hari temuduga.

Diharapkan tip yang diberikan dapat membantu anda untuk menghadiri sesi temuduga.

Adakah iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023 ini membantu anda? Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More