Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LPP Bagi Tahun 2024

Jawatan Kosong LPP bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab memajukan pergerakan.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong LPP 2024

Maklumat Jawatan Kosong LPP bagi tahun 2024 ini adalah seperti berikut:

JawatanTaraf JawatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41TetapRM 2,083.00 – RM 9,549.0031 Mei 2024
Akauntan Gred WA41TetapRM 2,820.00 – RM 9,585.0031 Mei 2024
Penolong Jurutera Gred JA29TetapRM 1,549.00 – RM 5,701.0031 Mei 2024
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29TetapRM 1,773.00 – RM 5,674.0031 Mei 2024
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29TetapRM 1,493.00 – RM 5,672.0031 Mei 2024
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19TetapRM1,353.00 – RM 4,005.0031 Mei 2024
Juruteknik Komputer Gred FT19TetapRM 1,377.00 – RM 4,052.0031 Mei 2024
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19TetapRM 1,377.00 – RM 4,052.0031 Mei 2024
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19TetapRM 1,352.00 – RM 4,003.0031 Mei 2024
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19TetapRM 1,352.00 – RM 4,003.0031 Mei 2024
Pembantu Akauntan Gred W19TetapRM 1,353.00 – RM 4,005.0031 Mei 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11TetapRM 1,218.00 – RM 2,939.0031 Mei 2024
Pengawal Keselamatan Gred KP11TetapRM 1,205.00 – RM 2,939.0031 Mei 2024
Pembantu Operasi Gred N11TetapRM 1,216.00 – RM 2,983.0031 Mei 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong LPP 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LPP Bagi Tahun 2024 1
Jawatan Kosong LPP 2024

Calon lantikan bagi jawatan Gred 41 & Gred 29 di atas hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon lantikan bagi jawatan Gred 11 di atas hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan dari calon-calon bukan dari anggota LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah membuat permohonan melalui laman web Kementerian Sumber Manusia di Portal MYFutureJobs sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 31 Mei 2024 (Jumaat).

Calon wajib memuat naik Resume, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelayakan berdasarkan jawatan yang dipohon.

Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui e-mel untuk menghadiri sesi temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LPP Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong LPP 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong LPP 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More