Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong MARA 2025

Jawatan Kosong MARA 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MARA 2025

Maklumat Jawatan Kosong MARA 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9
Taraf JawatanTetap – Bagi Calon Yang Mempunyai Ikhtisas Pendidikan
Kontrak – Bagi Calon Yang Tidak Mempunyai Ikhtisas Pendidikan
Lokasi PenempatanInstitusi Pendidikan MARA (IPMA) Seluruh Malaysia
Bidang / Subjek1. Bahasa Inggeris
2. Bahasa Melayu
3. Biologi
4. Bimbingan & Kaunseling
5. Ekonomi
6. Fizik
7. Geografi
8. Kimia
9. Matematik
10. Media
11. Pendidikan Islam
12. Pendidikan Islam (Tahfiz)
13. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
14. Perakaunan
15. Sains Komputer
16. Sejarah
17. Seni Reka
18. Teknologi Makanan
Jadual GajiRM 2,250.00 – RM 11,110.00
Tarikh Tutup Permohonan15 Ogos 2025
Jawatan Kosong MARA 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MARA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
  4. Pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Surat Senat yang bertarikh pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
  5. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan. Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
  6. Pemohon yang memohon bidang / subjek Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada calon yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  8. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,360.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM3,130.00); atau
  • Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM3,460.00).

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) pada Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 15 Ogos 2025 (Jumaat).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong MARA 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MARA 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MARA 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More