Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong MMC Mei 2025

Jawatan Kosong MMC Mei 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MMC Mei 2025

Maklumat Jawatan Kosong MMC Mei 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Tadbir Gred N13Kontrak1RM 6,210.00 – RM 14,370.0015 Mei 2025
Penolong Pegawai Tadbir Gred N7Kontrak1RM 3,810.00 – RM 9,290.0015 Mei 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MMC Mei 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Tadbir Gred N13

Calon lantikan Jawatan Kosong MMC Mei 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat, hubungan antarabangsa / korporat, pendaftaran atau yang berkaitan.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N7

Calon lantikan Jawatan Kosong MMC Mei 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MMC sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 15 Mei 2025 (Khamis).

Setiap Borang Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping Gambar Berukuran Passport, Salinan Sijil-Sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan / MyKad;
  • Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Akademik;
  • Salinan Transkrip bagi sijil yang berkenaan;
  • Salinan Surat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA.

Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 KUALA LUMPUR.
U.P: Pengurus Sumber Manusia

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N13<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N7<<<

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong MMC Mei 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MMC Mei 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MMC Mei 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More