Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Sehingga 26 Kekosongan

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Tadbir

Maklumat Jawatan Kosong Pembantu Tadbir yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap.
Jumlah Kekosongan26
Jumlah Simpanan200
Lokasi PenempatanPelbagai Kementerian / Jabatan (Sarawak)
Jadual GajiRM 1,500.00 – RM 4,680.00
Tarikh Tutup Permohonan17 Julai 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan.
  4. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Calon lantikan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
  • Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam 4 subjek lain pada peringkat SPM.

Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan seperti berikut:

Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 21. Pengurusan Pejabat.
Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 31. Pentadbiran Pejabat.
2. Penyeliaan Pengurusan Pejabat.
3. Setiausaha Korporat Eksekutif.
4. Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia.
Senarai Keperluan Bidang SVM1. Insurans.
2. Pengurusan Perniagaan.
3. Perbankan.
4. Pemasaran.
5. Kesetiausahaan Pentadbiran.
6. Perakaunan.
7. Pengurusan Peruncitan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 17 Julai 2025, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Panduan Pendaftaran di dalam Sistem SPA9 adalah seperti ketetapan berikut:

  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Sehingga 26 Kekosongan 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More