Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Polis Bantuan Februari 2023

Polis Bantuan adalah kerjaya yang sekarang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda. Ramai yang menceburi bidang Polis bantuan ini kerana minat dengan sektor keselamatan. Tidak lupa juga ramai yang menjadikan Polis Bantuan secara batu loncatan untuk memasuki bidang polis dalam sektor awam.

Kali ini, memahami ramai yang sedang mengintai peluang sebagai polis bantuan, kami kumpulkan beberapa jawatan kosong polis bantuan dari pelbagai agensi dan syarikat yang boleh dipohon sepanjang bulan Februari ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Pol1s Bantuan?

Penubuhan

Penubuhan Pol1s Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis 1976 (Seksyen 47 – Seksyen 50) dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970).

Objektif

Objektif Penubuhan Pol1s Bantuan adalah seperti berikut:

  • Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
  • Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis sera membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  • Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

Jawatan Kosong Polis Bantuan

Prasarana:

Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (juga dikenali sebagai Prasarana) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut.

Antara pengangkutan di bawah kelolaan syarikat prasarana adalah:

  • Rapid KL
  • LRT
  • MRT

Prasarana membuka peluang bina kerjaya sebagai Pelatih Pol1s Bantuan. Maklumat temuduga seperti di bawah:

  • Tarikh : 8 dan 9 Februari 2023
  • Masa : 8.00 pagi hingga 4 petang
  • Tempat : Depoh Bas Asia Jaya, Jalan 51A/223 Seksyen 51A, Petaling Jaya.
  • Syarat-syarat : Rujuk poster

Maklumat lanjut:

Jika terdapat sebarang kekeliruan boleh berhubung dengan Shaifull Fiza atau Muhammad Nabil menerusi nombor yang tertera di bawah. Atau boleh juga terus ke laman rasmi Prasarana Malaysia di: https://www.prasarana.com.my/career/

polis bantuan prasarana

Kaisar Maritime

Kaisar Maritime Sdn Bhd sebuah syarikat  membekal dan memnyimpan senjata api yang sah di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Syarikat ini membuka peluang kepada sesiapa yang berminat menjadi Polis Bantuan dalam dua kategori, iaitu:
  1. Sarjan Polis Bantuan
  2. Inspektor Polis Bantuan
Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 tahun hingga 45 tahun (Lelaki sahaja).
  2. Perlu memiliki Sijil Kursus Asas Polis Bantuan
  3. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental
  4. Tiada sebarang rekod jenayah.
  5. Mahir dalam penggunaan Microsoft Excel, Words, Power Point (Inspektor, Sarjan, Kopral).
Kemudahan:
  1. Caruman KWSP & PERKESO
  2. Gaji & Elaun
  3. Rawatan Kesihatan Percuma (Panel)
  4. Perlindungan Insurans
  5. Hostel & Makanan Disediakan
  6. Pakaian Seragam Disediakan
Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume anda ke [email protected]  atau hubungi 016-2177254 (Puan Irfah).
Jawatan kosong 1:

jawatan kosong polis bantuan

Jawatan Kosong 2:
Jawatan Kosong Polis Bantuan Februari 2023 1

 YTL:

YTL Corporation Berhad ialah konglomerat infrastruktur Malaysia yang ditubuhkan pada 1955, oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay (1929-2017), di mana nama YTL diambil. Hari ini, YTL Corp merupakan salah satu syarikat terbesar di Bursa Malaysia.

Syarikat YTL ini membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menjawat jawatan Konstabel Pol1s Bantuan YTL.

Tarikh akhir:

Calon yang berminat dikehendaki menghantar resume ke [email protected]  Sebelum 3 Februari 2023.

polis bantuan

Bank Negara Malaysia:

Meskipun tarikh temuduga terbuka di semenanjung telah terlepas, namun calon berminat dari Sabah dan Sarawak masih belum terlambat untuk menjadi salah seorang dari kontijen Bank Negara Malaysia.

Maklumat temuduga terbuka di Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut:

  • Sabah : 11 Februari – Pejabat BNM Kota Kinabalu, Sabah.
  • Sarawak : 11 Februari – Pejabat BNM Kuching, Sarawak.

Masa temuduga terbuka adalah di antara jam 8 pagi hingga 1 petang.

polis bantuan

Penutup

Semoga kalian yang masih mencari pekerjaan sesuai boleh memohon jawatan ini. Semoga beroleh kejayaan dan dipermudahkan ke fasa seterusnya. Jangan lupa follow kami untuk dapatkan lebih info KERJA KOSONG terkini dari pelbagai sektor.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More