Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengumuman Terkini Jawatan Kosong SPA 2024

Pelbagai Jawatan Kosong SPA 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong SPA 2024

Maklumat Jawatan Kosong SPA 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJumlah KekosonganJumlah SimpananLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Geosains Gred C2911Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (Sarawak)11 Julai 2024
Penolong Juruaudit Gred W2923150Jabatan Audit Negara 11 Julai 2024
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19240Kementerian Sumber Manusia (Sabah & Sarawak)11 Julai 2024
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1934Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis11 Julai 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut Jawatan Kosong SPA 2024 yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengumuman Terkini Jawatan Kosong SPA 2024 1

Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,505.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jurusan sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,505.00); atau
  • Sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,514.33); atau
  • Diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,858.12).
  • Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:
  1. Geofizik;
  2. Geologi;
  3. Geomatik (Sumber Alam);
  4. Kejuruteraan (Perlombongan);
  5. Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral;
  6. Kejuruteraan Hidrografi;
  7. Kimia; atau
  8. Kimia Industri.
  • Hanya calon yang beralamat surat-menyurat di Negeri Sarawak sahaja yang layak memohon bagi urusan ini.

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29

Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,776.08); atau
  • Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM2,001.68); dan
  • Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:
  1. Analisa Ekonomi dan Kewangan;
  2. Analisis Pelaburan;
  3. Diplomasi dan Perniagaan Antarabangsa;
  4. Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa;
  5. Ekonomi dengan Perakaunan;
  6. Ekonomi / Ekonomi Kewangan;
  7. Investment Management;
  8. Kewangan;
  9. Kewangan Antarabangsa;
  10. Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Persisir);
  11. Kewangan dan Perbankan;
  12. Kewangan dan Perbankan Islam;
  13. Kewangan Islam;
  14. Kewangan Syariah;
  15. Pemasaran;
  16. Pengajian Perniagaan (Kewangan dan Pelaburan);
  17. Pengurusan (Kewangan);
  18. Pengurusan Kewangan Islam;
  19. Pengurusan Perniagaan;
  20. Pengurusan Perniagaan (Perakaunan);
  21. Pengurusan Perniagaan Antarabangsa;
  22. Pengurusan Teknologi (Perakaunan) / Pengurusan (Perakaunan);
  23. Pentadbiran Perakaunan;
  24. Pentadbiran Perniagaan;
  25. Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan) / Ekonomi Perniagaan;
  26. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam);
  27. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam);
  28. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan);
  29. Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelaburan);
  30. Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam);
  31. Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
  32. Pentadbiran / Pengurusan / Pengajian Perniagaan;
  33. Penyimpan Kira-Kira;
  34. Perakaunan (Multimedia);
  35. Perakaunan (Sistem Maklumat);
  36. Perakaunan dan Analisa Kewangan;
  37. Perakaunan dan Kewangan;
  38. Perakaunan dan Pengajian Perniagaan;
  39. Perakaunan dengan Sains Komputer;
  40. Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan;
  41. Perakaunan Perniagaan;
  42. Perakaunan / Akauntansi;
  43. Perancangan Kewangan (Financial Planning);
  44. Perbankan Islam;
  45. Perbankan / Pengajian Perbankan;
  46. Percukaian;
  47. Perniagaan (Pengurusan Kewangan dan Perbankan);
  48. Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
  49. Statistik Ekonomi; atau
  50. Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam).

Jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19

Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,464.80); dan
  • Keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Setiausaha Korporat Eksekutif.
  • Keutamaan adalah kepada calon anak Negeri Sabah dan Sarawak.

Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80); dan
  • Keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Perakaunan.
  • Keutamaan adalah kepada calon anak Negeri Perlis.

Cara Permohonan

Permohonan Jawatan Kosong SPA 2024 boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 11 Julai 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengumuman Terkini Jawatan Kosong SPA 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPA 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More