Terkini Jawatan Kosong SPA September 2025

Jawatan Kosong SPA kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong SPA
Maklumat Jawatan Kosong SPA yang kini dibuka ini adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Pembantu Khidmat Am Gred H1 |
| Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap. |
| Jumlah Kekosongan | 95 |
| Jumlah Simpanan | 300 |
| Lokasi Penempatan | Pelbagai Kementerian / Jabatan (Sarawak) |
| Jadual Gaji | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 |
| Tarikh Tutup Permohonan | 17 September 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan seperti berikut:
| Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 2 | 1. Mekanik Kenderaan Perdagangan. 2. Mekanik Kenderaan Motor. 3. Juruteknik Automotif Servis Tayar. 4. Juruteknik Kenderaan Motor. 5. Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan. 6. Servis Tayar Kenderaan Ringan. 7. Kenderaan Perdagangan – Servis Pembaikan. 8. Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan. 9. Servis Pembaikan – Sistem Roda & Sistem Gantungan. 10. Servis Tayar Kenderaan Berat. 11. Pengurusan Pejabat. |
| Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 3 | 1. Juruteknik Kenderaan Perdagangan. 2. Juruteknik Kenderaan Motor. 3. Penyelia Servis Tayar. 4. Juruteknik Kanan Kenderaan Motor. 5. Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan. 6. Penyelenggaraan & Baikpulih Jentera Kecil dan Peralatan Pertanian. 7. Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan. 8. Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik. 9. Penyeliaan Pengurusan Pejabat. 10. Pentadbiran Pejabat. |
| Senarai Keperluan Bidang SVM | 1. Teknologi Pemesinan Industri. 2. Teknologi Automotif. 3. Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. 4. Agroindustri Tanaman. 5. Pembinaan Landskap. 6. Hortikultur. |
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong SPA ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 17 September 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong FINAS 2025,
- Jawatan Kosong USIM 2025,
- Jawatan Kosong Kementerian Belia Dan Sukan 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



