Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM 2024

Jawatan Kosong UTM 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UTM 2024

Maklumat Jawatan Kosong UTM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJadual GajiLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred NA19Tetap / KontrakRM 1,352.00 – RM 4,003.00UTM Johor Bahru19 Februari 2024
Pembantu Operasi Gred N11Tetap / KontrakRM 1,216.00 – RM 2,983.00UTM Johor Bahru19 Februari 2024
Pegawai Keselamatan Gred KP41KontrakRM 2,081.00 – RM 9,547.00UTM Johor Bahru19 Februari 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11Tetap / KontrakRM 1,218.00 – RM 2,939.00UTM Johor Bahru19 Februari 2024
Pembantu Awam Gred H11Tetap / KontrakRM 1,218.00 – RM 2,939.00UTM Johor Bahru19 Februari 2024
Jawatan Kosong UTM 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM 2024 1
Jawatan Kosong UTM 2024

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred NA19

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Operasi Gred N11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
  • Sijil Pelajaran Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah dan Bahasa Melayu (Bertulis) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP41

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer, kejuruteraan perisian, sains data atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer, kejuruteraan perisian, sains data atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00).
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan seperti di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah / PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu seperti berikut:
  • Lesen D: RM 1,264.15
  • Lesen E/E1/E2: RM 1,310.30
  • Lesen F/H: RM 1,356.45
  • Lesen G/I: RM 1,402.60

Jawatan Pembantu Awam Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
  • Sijil Pelajaran Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah dan Bahasa Melayu (Bertulis) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR.

Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UTM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UTM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More