Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Skim pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

Setakat ini, MARA telah memberikan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada hampir 17 ribu usahawan dengan melibatkan saluran pembiayaan berjumlah lebih daripada RM288 juta bagi tahun 2020 melalui 13 jenis skim pembiayaan / pinjaman MARA.

Isi Kandungan

13 Jenis Skim Pembiayaan / Pinjaman MARA 2020/2021

Usahawan Bumiputera perlu ambil tahu laluan dan mengambil peluang ini bersama MARA bagi menyemarakkan lagi sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.

Justeru itu, sokongan kemudahan pembiayaan perniagaan ini diklasifikasikan kepada beberapa jenis yang menawarkan pembiayaan RM500 ribu ke bawah dan RM500,001 sehingga RM1 juta tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan.

Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.

Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  5. Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  6. Program Mobilepreneur Food Truck
  7. Program Rantaian Industri (PRiN)
  8. MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  9. Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  10. SPiM Tekno
  11. Program Galakan Eksport (GEB)
  12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Di sini dijelaskan serba sedikit tentang setiap Skim Pinjaman MARA yang tersenarai di atas:

1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)

Menggalakkan penyertaan golongan belia dan lepasan IPMa dalam perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan (pertanian dan penternakan adalah dikecualikan).

Syarat Am

  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
  • Generasi muda/belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa pemohonan
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Skop & Jumlah Had Pembiayaan

  • Belian aset perniagaan
  • Modal pusingan
  • Had pembiayaan RM10,000

Tempoh Bayaran

Maksima 3 tahun (36 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)

Untuk lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan berjaya menamatkan pengajian.

Syarat Am

  • Berusia 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Mendapat sokongan pengawal pusat IPMa berkaitan
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Had Pembiayaan

Had pembiayaan : RM50,000.00

Tempoh Bayaran

5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental.

Syarat Am

  • Khusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Mengemukakan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Had Pembiayaan

RM50,000.00

Tempoh Bayaran

15 tahun (180 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)

Skim Pembiayaan Usahawan Teknikal (PUTEK) bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki.

Usahawan ini akan dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Mempunyai tapak/premis/bengkel perniagaan
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Syarat Khusus

Perbelanjaan bagi perlindungan insuran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan Kos Senggaraan adalah tanggungan pelanggan.

Tempoh Bayaran

Maksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

Skop Pembiayaan

Belian mesin/peralatan Modal pusingan

Kumpulan Sasar

Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan berjaya menamatkan pengajian Institusi teknikal kerajaan/swasta

Had Pembiayaan

  • Minimum : RM3,000.00
  • Maksimum : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

Maksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

5. Skim Pembiayaan (DananITA)

Ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera untuk memperhebatan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Memiliki akaun simpanan sekurang-kurangan bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Had Pembiayaan

RM50,000.00

Tempoh Bayaran

Maksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

6. Program Mobilepreneur Food Truck

Menggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak mobilepreneur khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini dengan menyediakan kemudahan pembiayaan.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan
  • Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

Syarat Khusus

  • Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah
  • Cadangan dan lokasi perniagaan mendapat pre-approved daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mengemukakan sebutharga trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal trak)

Had Pembiayaan

  • Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

4-10 tahun (48 – 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

7. Program Rantaian Industri (PRiN)

  • Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player
  • Mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera di sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market
  • Menggalakkan pemindahan teknologi dari luar negara di samping mewujudkan kes limpahan (spill-over effect) dalam membuka peluang dan menarik minat syarikat antarabangsa untuk menjalinkan hubungan perniagaan.

Skop

  • Perolehan mesin, peralatan dan jentera
  • Menaiktaraf premis dan ruang kilang
  • Modal pusingan
  • Pembelian premis yang berpotensi (kilang dan lot kedai komersial) dan
  • Mengkomersialkan produk dan perkhidmatan

8. MARA Integrated Smart Auto (MISA)

Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi Sales, Services dan Spare Parts.

Skop

  • Modal pusingan kerja
  • Ubahsuai bengkel
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Stok

9. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)

Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada Usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan.

Syarat Am

  • Permohon yang pertama kali memohon pembiayaan MARA
  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahun
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Mempunyai 10% modal sendiri daripada kos keseluruhan projek Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Bebas dari senarai hitam MARA Perniagaan patuh Syariah

Had Pembiayaan

  • Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00

Tempoh Bayaran

4-10 tahun (48 – 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan

10. SPiM Tekno

Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan dalam bidang berteknologi tinggi.

11. Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera

Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan & membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berprestasi tinggi & berpotensi untuk pasaran eksport dan mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera.

12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Kemudahan pembiayaan yang mana panel menawarkan kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera.

Ciri-ciri Produk

  • Jaminan sehingga 80% daripada pembiayaan bank
  • Tempoh jaminan sehingga 15 tahun
  • Yuran jaminan sebanyak 1% setahun

Kriteria

  • Syarikat milik Bumiputera yang diklasifikasikan sebagai PKS oleh BNM
  • Terbuka kepada semua sektor ekonomi (tertakluk kepada tahap risiko yang ditentukan oleh bank)
  • Aktiviti syarikat patuh Syariah

13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspes ialah pembiayaan projek kepada kontraktor Bumiputera sehingga RM250,000.00 tanpa penjamin atau cagaran.

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 tahun ke atas
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Berdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan (yang berkaitan)

Had Pembiayaan

RM1,000,000.00 (tertakluk kepada maksimum 65% dari nilai kontrak)

Maklumat Lanjut Tentang Pinjaman MARA

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Info lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang: https://www.mara.gov.my/

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More