Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023 telah ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
  • Ayat yang lebih mudah, fidyah merupakan bayaran denda untuk sesuatu amal ibadat yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah.
  • Fidyah adalah satu bentuk ibadah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Allah S.W.T berfirman:

“Maksudnya:….. dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Justeru, anda mestilah mengetahui Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023 untuk negeri anda.

Isi Kandungan

Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah

Sebab-sebab kenapa dikenakan fidyah adalah seperti berikut:
  1. Uzur / Tua – Lelaki dan wanita yang terlalu tua dan merasa tidak mampu untuk berpuasa dan jika beliau berpuasa akan menimbulkan masaqqah (kesusahan) atau mudarat kepada diri dan kesihatan.
  2. Menghidap sakit kronik – Sakit kronik ialah sakit yang berpanjangan dan tiada harapan sembuh menurut pengalaman atau pengesahan dari pakar perubatan.
  3. Wanita mengandung dan menyusukan anak – Wanita yang mengandung dan menyusukan anak sekiranya meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya, maka ini wajib ke atasnya membayar fidyah dan juga qada’ bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan menurut Jumhur Fuqaha selain Mazhab Hanafi.
  4. Melewatkan qada’ puasa – Orang yang menangguhkan qada’ (ganti) puasanya sehingga tiba bulan ramadhan berikutnya, maka ia dikenakan fidyah bagi setiap hari yang ditangguhkan. Ini merupakan pendapat Jumhur Fuqaha yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali.

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023

Pembayaran fidyah hukumnya adalah WAJIB. Maka, ianya perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak dilaksanakan, ianya akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023

Justeru, berikut adalah senarai Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023:

Negeri

Maklumat Lanjut

Kedah
Perlis

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Wilayah Persekutuan

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sabah

Sarawak

  • Kadar Bayaran: RM 1.75
  • Gandaan : Ya
  • Tiada Kalkulator Online & Bayaran Online

Taksiran & Kadar Bayaran Fidyah

  • Taksiran Fidyah ialah (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
  • Kadar Bayaran Fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad)
  • Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu 1 Cupak.
  • Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
  • Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Gandaan Fidyah

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

  • Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
  • Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023 dapat membantu anda yang masih keliru dalam pembayaran fidyah. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More