Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KASIH JOHOR – Program Bantuan Baucer MyKasih RM200

Program Bantuan Baucer MyKasih RM200 KASIH JOHOR di bawah MyKasih Foundation telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor  mulai bulan Disember 2021 lalu.

Di bawah program tersebut, penerima yang layak akan menerima baucer MyKasih bernilai RM200 untuk pembelian makanan di kedai yang berdaftar di bawah program ini.

Lihat juga Bantuan i-Fitri RM250 Sehingga RM400.

KASIH JOHOR

Isi Kandungan

APAKAH ITU KASIH JOHOR?

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021.

Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Akaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan.

Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIH JOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN BAUCER MYKASIH KASIH JOHOR?

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR.

Penerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.

kasih johor

BERAPAKAH KADAR BANTUAN DITERIMA?

Kadar bantuan adalah :

  • Penerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak  RM200 melalui akaun MyKad.

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad dan berkuatkuasa setelah penerima menerima SMS daripada sistem.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH SAHLAKU BAUCER MYKASIH?

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga :

  • 31 Disember 2021

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?

Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

Pihak Kerajaan Negeri Johor menggunakan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan data penerima bantuan seperti JKM/MAIJ untuk mengenalpasti kumpulan sasar.

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM KASIH JOHOR?

Jika tidak menerima SMS, anda boleh juga membuat semakan seperti  berikut:

BAGAIMANAKAH CARA PENEBUSAN BAUCER?

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.

Penerima hanya perlu membuat pembayaran RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan.

Sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

kasih johor

SEMAKAN PASARAYA/KEDAI YANG TERLIBAT

Semakan kedai / pasar raya yang terlibat boleh disemak melalui carian di :

KASIH JOHOR

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lebih lanjut, sila layari :

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Sebarkan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More