Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tahun 2022

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Isi Kandungan

Maklumat Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jawatan: Penolong Pegawai PenguatKuasa Gred KP29

Kelayakan: Diploma

Kekosongan: 30 (Simpanan: 60)

kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatan awam
Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Syarat Kelayakan

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
    3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
    4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
    5. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
  3. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
    1. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
    2. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).
  4. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Maklumat Lengkap Kekosongan

Untuk mendapatan butiran lengkap bagi kekosongan yang ditawarkan boleh klik link berikut:

>>Maklumat lengkap kokosongan

Cara Memohon Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

>> Borang SPA9

kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatran awam

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti , sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More