Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2022 Sebagai Pegawai Penjara Gred KA19

Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Kerja Kosong

Jawatan: Pegawai Penjara Gred KA19

Kelayakan: SPM/SKM

Kekosongan: 311 (Simpanan: 500)

Kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatan awam

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Akademik
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00)
    2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12)
    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita, mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26,mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
    3. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata,pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
Kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatan awa

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut

Untuk mendapatan butiran lengkap bagi kekosongan yang ditawarkan boleh klik link berikut:

>>Maklumat lengkap kokosongan

Cara Memohon 

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

>> Borang SPA9

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Mohon perhatian, iklan kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)  ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatan awa
Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Maklumat Tambahan Kerja Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini s sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More