Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tahun 2022

Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad

Meter Reader

  • Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60.00 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Juruteknik Tingkatan Biasa

  • Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Meter Reader

  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB)
  • Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad

            atau

  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO)  yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
    • Bahasa Malaysia
    • Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
  • Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Juruteknik Tingkatan Biasa

  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB)
  • Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad

Meter Reader

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan “on-line”.

Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS

atau klik link berikut.

Juruteknik Tingkatan Biasa

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan “on-line”.

Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS
atau klik link berikut –
https://jobs.tnb.com.my/job-invite/278402/

Mohon perhatian, iklan kerja kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

kerja kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad

Maklumat Tambahan Kerja Kosong di Tenaga Nasional Berhad

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More