Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022

Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara (UITM) kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara

Jawatan Akademik

1.Pensyarah UiTM Gred DM45
2.Pensyarah Kanan Gred DM51
3.Profesor Madya Gred DM53
4.Professor Gred Khas C VK7

Jawatan Pentadbiran

1. Arkitek Gred J41
2. Pegawai Optometri Gred U41
3. Pegawai Penyelidik Gred Q41
4. Pegawai Sains Gred C41
5. Pereka Gred B41
6. Penerbit Rancangan Gred B41
7. Penolong Bendahari Gred W41
8 Penolong Pendaftar Gred N41
9. Pegawai Psikologi Gred S41
10. Pustakawan Gred S41
11. Juruterapi Pergigian Gred U29
12. Juruteknologi Pergigian Gred U29
13. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
14. Jururawat Gred U29
15. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
16. Penolong Pegawai Sains Gred C29
17. Penolong Jurutera Gred JA29
18. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
19. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
20. Pegawai Eksekutif Gred N29
21. Setiausaha Pejabat Gred N29
22. Juruteknik Komputer Gred FT19
23. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
24. Pembantu Keselamatan Gred KP19
25. Artis Budaya Gred B19
26. Jurufoto Gred B19
27. Pelukis Grafik Gred B19
28. Pembantu Makmal Gred C19
29. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
30. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
31. Kerani Gred N19
32. Pemandu Gred H11
33. Pembantu Operasi Gred N11
34. Pengawal Keselamatan Gred KP1

Tarikh tutup permohonan: 30 September 2022
Lokasi :UiTM
Sektor :Kerajaan
Kelulusan Minimum :PHD, Master, Ijazah, Diploma/STPM, Sijil dan SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Status Pelantikan :Tetap/kontrak

Cara Memohon

  • Untuk Bukan Staf UiTM
  1. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 hingga 30 September 2022 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
  2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
  3. Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :
    1. Kaunter cawangan BSN;
    2. Mesin ATM BSN; atau
    3. Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  4. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  5. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  6. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
    2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
  • Untuk Staf UiTM Sahaja
    1. Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN 

Mohon perhatian, iklan kerja kosong di Universiti Teknologi Mara (UITM) ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

kerja kosong di universiti teknologi mara (UITM)
Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara

Maklumat Tambahan Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More