Kerja Kursus SPM 2020 PSV
Kerja Kursus SPM 2020 PSV ini adalah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
Kerja Kursus SPM 2020 PSV
Tugasan kerja kursus ini adalah untuk calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini (2020) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu Kajian Rekaan Seni Visual, Kertas 3 yang mana perlu disiapkan bagi tempoh Februari sehingga Julai tahun ini.
Kertas ini mengandungi sembilan tugasan iaitu Tugasan 1 hingga Tugasan 9 yang mana menghendaki calon melaksanakan satu tugasan sahaja. Calon juga dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
yang ditetapkan.
Arahan kepada Calon dalam Menyiapkan Kerja Kursus SPM 2020 PSV
- Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja
kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. - Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2020. - Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
- Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
- Bukti kajian dan lakaran kajian mesti dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
- Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan
tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. - Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kalinsesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
- Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
- Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga
helai sahaja. - Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
- Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. - Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
- Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
- Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
Soalan Kerja Kursus SPM 2020 PSV
Muat Turun Kerja Kursus SPM 2020 PSV
Muat turun Tugasan 2611/3: Pendidikan Seni Visual (Kerja Kursus) SPM 2020 di sini.
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Kerja Kursus SPM 2020 PSV memberikan manfaat kepada anda semua khususnya kepada calon SPM bagi tahun ini (2020). Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.