Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kes Buli Pelajar Di Seremban – 2 Pelajar Ditahan

Kes buli pelajar yang viral di media sosial semalam telah pun diambil tindakan pantas oleh pihak Polis dengan menahan dua pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di perkarangan salah sebuah sekolah menengah di Seremban.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek yang berusia 14 tahun kedua-duanya ditahan sejurus mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sekolah sama, membuat laporan polis, semalam.

“Kami menerima laporan pada 11.28 pagi semalam berhubung satu video tular melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi 30 minit memaparkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh dua orang pelajar yang lain. Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah di Seremban, selepas waktu sesi persekolahan.”

Isi Kandungan

Selisih Faham Punca Pergaduhan

“Dua suspek merupakan pelajar sekolah terbabit telah ditangkap dan diberi jamin polis dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau juga berkata, berdasarkan keterangan awal, suspek dipercayai memukul mangsa kerana selisih faham.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Kes Buli Pelajar Kian Meningkat, Tiada Hukuman Tegas

Rata-rata netizen mengecam kes buli pelajar yang semakin kerap berlaku di kalangan para pelajar ini. Bahkan paling merunsingkan adalah bukan setakat di sekolah, ia juga terjadi di dalam kem-kem latihan malah di sekolah tahfiz. Ada yang mencadangkan hukuman berat patut dikenakan pada pembuli. Ini dipetik dari ruangan komen di berita harian metro.

kes buli pelajar

Semoga pihak berkuasa dapat mencari jalan penyelesaian yang lebih efektif untuk mengurangkan kes buli di negara kita. Selain itu, ibubapa juga haruslah memantau akhlak anak-anak disekolah mereka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More