Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lantikan Kontrak Penjawat Awam Bermula 1 Februari 2024

Pasti terdapat banyak persoalan yang sedang bermain di minda rakyat Malaysia berkaitan lantikan kontrak penjawat awam yang akan bermula pada 1 Februari ini, bukan?

Justeru, berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengambilan baharu penjawat awam akan datang.

Isi Kandungan

Pengambilan Baharu Secara Lantikan Kontrak Penjawat Awam Akan Diserap Ke Perjawatan Tetap

Kerajaan pada 12 Julai 2023 telah memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.

Keputusan ini diambil adalah bagi memastikan kemampanan kewangan Kerajaan bagi jangka masa yang panjang.

Sehubungan itu, pengambilan secara lantikan kontrak sebagaimana yang diumum baru-baru ini adalah merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan Akta yang berkaitan.

Pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) ini akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.

Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.

Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan.

Diharapkan dengan penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam ini

  • dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.
  • dapat menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Lantikan Kontrak Penjawat Awam Bermula 1 Februari 2024 1
Lantikan Kontrak Penjawat Awam

FAQ Lantikan Kontrak Penjawat Awam

Rujuk soalan-soalan lazim di bawah tentang lantikan kontrak penjawat awam terbaharu yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lantikan Kontrak Penjawat Awam Bermula 1 Februari 2024 2
Lantikan Kontrak Penjawat Awam
SoalanJawapan
Mengapakah pengambilan lantikan kontrak (interim) ini diperkenalkan?Pengambilan secara lantikan kontrak penjawat awam ini adalah merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah memperkenalkan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam.
Bilakah pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak (interim) akan bermula?Pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak (interim) bermula pada 1 Februari 2024.
Adakah urusan lantikan kontrak (interim) ini melibatkan semua Pihak Berkuasa Melantik (PBM)?Urusan lantikan kontrak (interim) ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis adalah dikecualikan dalam urusan ini.
Bagaimanakah kaedah permohonan untuk lantikan kontrak (interim) ini?Permohonan untuk lantikan kontrak (interim) adalah seperti mana lantikan tetap sebelum ini menerusi portal SPA9. Semua urusan pengambilan akan dilaksanakan oleh SPA.
Berapa lamakah tempoh bagi lantikan kontrak (interim) ini?Tempoh kontrak pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga (3) tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa.
Adakah pegawai lantikan kontrak (interim) berpeluang untuk diserap ke jawatan tetap?Pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) ini akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu lantikan tetap kelak tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan.
Adakah gaji pegawai lantikan kontrak (interim) berbeza dengan jawatan tetap?Gaji pegawai lantikan kontrak (interim) adalah sama seperti pegawai lantikan tetap.
Apakah faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim)?Faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP), iaitu
– Ceraian UP 1.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak;
– Ceraian UP 1.1.8 Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam; dan
– Ceraian UP 1.1.12 Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service).
Bagaimana proses penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim)?Penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim) adalah berdasarkan dasar dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Bagaimana proses pemberhentian / penamatan pegawai lantikan kontrak (interim)?Proses pemberhentian / penamatan pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan terma kontrak.
Adakah urusan penentuan gaji permulaan semasa dilantik kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu?Boleh dipertimbangkan oleh PBM tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuat kuasa.
Adakah pegawai-pegawai berikut yang terlibat dalam urusan pengambilan selepas 1 Februari 2024 akan dilantik secara lantikan kontrak (interim)?
– Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB);
– Peningkatan Secara Lantikan (PSL); dan
– Lantikan pegawai di bawah Ceraian U.P 1.1.11 Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap.
Pegawai-pegawai tersebut dikecualikan daripada ketetapan lantikan kontrak (interim) dan akan dilantik secara tetap.
Lantikan Kontrak Penjawat Awam

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More