Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Latih Tubi UPSR Sains

Latih Tubi UPSR Sains ini disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Ia merangkumi soalan-soalan yang menepati format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu berdasarkan standard format 2016.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Modul ini dibina mengikut topikal berdasarkan standard pembelajaran Tahun 3,4,5 dan 6. Ia dibina untuk membantu murid-murid cemerlang mencapai markah yang tinggi di dalam peperiksaan kelak. Ia juga membantu guru-guru sains mengenali soalan-soalan pelbagai aras kesukaran.

Modul ini sangat sesuai digunakan sebagai pengukuhan murid terhadap kandungan sains sekolah rendah. Oleh itu, ia boleh digunakan selepas pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Modul ini menguji tahap penguasaan murid terhadap isi kandungan pembelajaran, kemahiran proses sains dan pemikiran aras tinggi. Ia mengandungi soalan yang berbentuk struktur berdasarkan konstruk sains.

Format soalan di dalam modul ini juga mengikut peperiksaan UPSR terkini. Ia sangat membantu murid mengingat kembali fakta dan prinsip sains yang boleh digunakan semasa menjawab kertas 1 dan kertas 2.

Isi Kandungan

Kesilapan Lazim

Di bawah ini merupakan senarai kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika menjawab soalan sains.

  1. Murid didak membaca soalan dengan teliti.
  2. Murid tidak memahami kehendak soalan
  3. Murid tidak menjawab mengikut apa yang ditanya
  4. Murid cuai ketika menjawab soalan
  5. Tulisan murid sukar dibaca
  6. Jawapan murid terlalu ringkas
  7. Jawapan murid tidak saintifik
  8. Murid tidak menyatakan parameter dengan tepat apabila membuat pembolehubah
  9. Murid tidak dapat melakarkan radas secara saintifik
  10. Jawapan murid tidak lengkap.
  11. Murid tidak melabel lakaran
  12.  Murid meninggalkan soalan tanpa dijawab
  13. Murid lemah dalam kemahiran melakar.
  14. Murid tidak kemahiran komunikasi (KPS 6)
  15. Murid tidak dapat mengaplikasikan fakta sains di situasi lain.

Latih Tubi UPSR Sains

Latih tubi ini juga merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Perak di bawah PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR TAHUN 2017 dalam membantu murid-murid menjawab soalan-soalan UPSR dengan baik.

Kandungan Latih tubi UPSR Sains

Latih tubi ini dibahagikan kepada tiga iaitu seperti berikut:

  1. LATIH TUBI UPSR SAINS (CEMERLANG)
  2. MOCK TEST 1 UPSR SAINS
  3. MOCK TEST 2 UPSR SAINS

Pratonton Latih tubi UPSR Sains

Berikut dikongsikan pratonton soalan latih tubi ini:

Latih Tubi UPSR Sains 1 Latih Tubi UPSR Sains 2

Latih Tubi UPSR Sains 3 Latih Tubi UPSR Sains 4 Latih Tubi UPSR Sains 5

Arahan soalan:

  1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
  2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
  3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
  4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Muat Turun

Sila muat turun pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah:

  1. LATIH TUBI UPSR 2017 SAINS CEMERLANG)
  2. MOCK TEST 1 UPSR 2017 SAINS
  3. MOCK TEST 2 UPSR 2017 SAINS

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Latih Tubi UPSR Sains memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More