Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Moratorium : Official Tiada Caj Tambahan Untuk Ansuran Perjanjian Sewa Beli Mula 2020

Berita baik untuk semua mengenai moratorium yang hangat diperkatakan sekarang. Ya, anda kena baca sampai habis.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada caj tambahan atas bayaran ansuran sewa beli bagi pinjaman konvensional dan syariah.

Seperti dimaklumkan di dalam Berita Harian Online, persetujuan telah dicapai untuk menetapkan jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah).  Ini bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium.

Moratorium

KUALA LUMPUR: Bank bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar.

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara itu susulan saranan kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan berkenaan.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh mora torium (penangguhan),” katanya dalam satu kenyataan.

Moratorium : Official Tiada Caj Tambahan Untuk Ansuran Perjanjian Sewa Beli Mula 2020 1

Tengku Zafrul menjelaskan, dengan tiada caj tambahan itu, peminjam hanya perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium itu.

Beliau berkata, kerajaan berharap keputusan itu akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ketika ini.

Katanya, peminjam boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada bank masing-masing mengenai perkara itu.

Pada minggu lalu hebat diperkatakan mengenai isu moratorium membabitkan pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap susulan kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa institusi perbankan sedang dalam proses menformalkan perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium enam bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.

Bank pusat berkata, langkah itu adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian berkenaan, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium itu.

Tidak salah untuk menggunakan peluang yang diberikan oleh Kerajaan untuk meringankan beban rakyat ini.  Lebih-lebih lagi sepanjang tempoh PKPB dan menjelang Sambutan Hari Raya yang bakal tiba ini.  

Rancanglah pinjaman anda dengan bijak.  Semoga bermanfaat. BH Online

Jadi Adakah Anda Akan Ambil Moratorium Ini?

Sebenarnya ikut kefahaman dan keperluan masing-masing. Jika anda benar-benar memerlukan, mungkin pilihan untuk ambil itu tepat bagi anda. Tetapi bagi mereka yang mampu, rasanya moratorium ini tidak perlu untuk mereka kerana ianya akan melambatkan masa pinjaman mereka habis dibayar.

Jadi, fikirkan dengan berhati-hati dan buat keputusan anda ikut keperluan bukan sekadar ikut cakap orang. Moratorium ini satu keputusan besar yang anda perlu lakukan dengan tepat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More