Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PAJSK LOGIN SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI

PAJSK LOGIN SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI merupakan satu sistem penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah untuk menilai sejauh mana aktiviti fizikal dan kesihatan bagi murid-murid. Ianya merangkumi semua aspek termasuk dari segi penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan,
Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga
kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik
darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran
dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh
yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

Isi Kandungan

Apa Itu PAJSK Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani ?

Sistem ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pelengkap kepada sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum. Dengan adanya sistem ini, pihak sekolah dapat mengetaui lebih detail berkenaan dengan prestasi aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum para murid semasa mereka berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Selain itu juga, sistem ni turut membantu memberikan gambaran kepada para ibu bapa mengenai prestasi anak-anak mereka di sekolah khususnya dalam aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum. Semua maklumat akan dimasukkan dalam sistem ini dari masa ke semasa oleh guru yang bertanggungjawab.

Objektif Utama Sistem PAJSK Diperkenalkan

  1. Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
  2. Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
  3. Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
  4. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

Sila Rujuk “Cara Login PAJSK” di sini

Di sini admin nak kongsikan link tersebut. Sila rujuk langkah-langkah dibawah untuk login sistem ini untuk mengemaskini maklumat sebagainya.

Link PAJSK LOGIN : https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Nota : Sistem pemarkahan dalam sistem ini akan sentiasa dikemaskini oleh para guru dari semasa ke semasa. Sila rujuk langkah-langkah untuk mengakses sistem ini didalam dibawah. 

Makluman Penting

Sebaik sahaja anda mengakses portal tersebut, paparan akan keluar seperti dibawah.Para guru khususnya perluambil perhatian akanpengumumanyangdiberikan. Ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut perubahan yang ditetapkan oleh KPM. pajsk

Bagi pengiktirafan program peringkat NEGERI/DAERAH, boleh dirujuk melalui  Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Sebarang aduan/pertanyaan berkenaan sistem boleh dipanjangkan ke [email protected]

Cara Login PAJSK KPM Online

  1. Cara login PAJSK KPM online adalah seperti berikut:
    1. Sila ke pautan laman web di sini: https://pajsk.moe.gov.my
    2. Sila pilih samada anda perlu login PAJSK untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
    3. Ini kerana setiap pautan adalah untuk individu-individu tertentu sahaja
    4. Bahagian: Untuk Bahagian Pendidikan
      • Jabatan Pendidikan Negeri: Untuk pegawai JPN sahaja
      • Pejabat Pendidikan Daerah: Untuk pegawai PPD sahaja
      • Sekolah: Untuk guru sahaja
      • Semakan Markah Murid: (pautan ini dinyah-aktifkan)
    5. Jadi, jika anda adalah seorang guru kelas, klik Sekolah
    6. Masukkan ID Kod Sekolah
    7. Masukkan Kata Laluan
    8. Bagi guru yang pertama kali mengisi, guru perlulah mendapatkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan daripada Guru Penolong Kanan (Kokurikulum).
    9. Tekan butang Masuk
    10. Anda kini sudah berjaya masuk dalam sistem PAJSK
    11. Langkah serta cara login PAJSK sudah tamat
    12. Sila teruskan baca panduan di bawah untuk mengisi markah murid

Manual Kemasukan Markah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum 

Untuk manual kemasukan markah sistem pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokuriklum login PAJSK KPM 2021 anda boleh rujuk disini.

Link Download : Manual-PAJSK-Guru-Penolong-Kanan-Kokurikulum.pdf

Semoga bahan yang kami kongsikan ini membantu sedikit sebanyak kepada para guru diluar sana semasa mengisi dan mengemaskini sistem ini.

Cara Masukkan Markah PAJSK

Disini kami ingin kongsikan cara mengisi markah murid dalam login PAJSK KPM seperti yang disarankan oleh KPM.

  1. Setelah berjaya memasuki ‘Login’ atau ‘Daftar Masuk’, maklumat berkenaan sekolah akan dipaparkan. Kemudian, guru perlulah memilih untuk mengemas kinikan maklumat yang ingin di isi.
  2. Bagi pengisian aktiviti dan rekod SEGAK murid, data dan maklumat adalah mengikut penilaian awal yang telah dilakukan iaitu semasa sesi persekolahan.
  3. Maklumat-maklumat tersebut akan diisi ke dalam rekod data murid dan secara automatik pengiraan markah individu murid akan dipampangkan.
  4. Bagi pengisian data Senarai Aktiviti, sekiranya maklumat tiada dalam pilihan, guru boleh menambah sedia maklumat dengan mengklik butang pensel pada paparan tersebut.
  5. Klik pada butang KELAS dan TAHUN yang ingin dikemaskinikan, dan seterusnya klik butang CARI untuk dipaparkan mengenai maklumat murid pada kelas yang dipilih.
  6. Setelah semua data diisi dan dilengkapkan, guru akan beralih kepada penyediaan laporan atau pengesahan markah murid.
  7. Berkenaan maklumat data murid, markah penuh setiap murid akan terpampang secara automatik setelah semua maklumat diisi lengkap oleh guru.
  8. Rekod pengesahan data dan maklumat murid akan menunjukkan Jumlah Murid Lengkap, Tidak Lengkap dan Tidak Berdaftar dalam PAJSK online.
    • Jumlah Murid Lengkap – Murid yang telah lengkap diisi KETIGA-TIGA komponen. (Aktiviti,SEGAK,Laporan)
    • Jumlah Murid Tidak Lengkap – Masih Terdapat Komponen Yang tidak diisi. Klik pada nombor jumlah yang diberikan dan Senarai Nama yang belum lengkap akan dipaparkan.
    • Murid Tidak Berdaftar – Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen.
    • Setelah semua maklumat murid dilengkapkan dan semua komponen diisi lengkap, Butang SAH MARKAH akan berfungsi.
  9. Guru boleh mengklik butang tersebut untuk membuat pengesahan.
  10. Namun harus DIINGAT, guru tidak dapat mengubah mana-mana markah murid setelah semua data disahkan dalam login PAJSK KPM online

pajsk

Cara Pengiraan Markah PAJSK

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA).

Borang dan lampiran disertakan di laman web rasmi PAJSK atau boleh terus dimuat turun di bawah :

BORANG DAN LAMPIRAN  LINK DOWNLOAD
GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH (PAJSK – SM)
GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH (PAJSK – SR)

Bahagian/Komponen Dalam Sistem PAJSK

Format PAJSK ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu:

  1. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
  2. Kukurikulum yang merangkumi:
    a) Kelab Persatuan
    b) Unit Beruniform
    c) Sukan/Permainan
  3. Ekstra Kurikulum

SEGAK – Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

Sistem SEGAK ini dikeluarkan khas bagi Murid Sekolah Malaysia oleh KPM dari tahun 2006. Selain itu, ianya juga memberikan maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Juga boleh didefinisikan juga perkataan SEGAK ini sangat sesuai bagi suatu penampilan murid lelaki dan perempuan.

Ujian SEGAK telah lama dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia sejak dari tahun 2008  yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan oleh guru pendidikan jasmani secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos pada ketika itu.

Sistem ini perlulah sentiasa dipantau oleh pihak sekolah bagi memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini.

Matlamat SEGAK

KPM melancarkan sistem ini bertujuan untuk memastikan para murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK

Diantara objektif sistem ini dikeluarkan adalah memastikan setiap murid-murid dapat:

  1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri
  2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri
  3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri
  4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal
  5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Komponen Dalam Bateri Ujian SEGAK

Berikut adalah komponen atau bahaagian yang ada dalam sistem ini, kesemuanya perlu diisikan oleh para guru yang bertugas dan perlu dipantau oleh pihak sekolah bagi memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini.

Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.

  1. Pengiraan Indeks Jisim Badan
  2. Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
  3. Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
  4. Ujian Ringkuk Tubi Separa
  5. Ujian Jangkauan Melunjur

Selain itu juga pelaksanaan Body Mass Index (BMI) turut dilakukan oleh para guru bagi merekodkan ketinggian dan berat badan individu pelajar tersebut.

Hasil daripada BMI yang akan diperolehi ini, para guru akan mengetahui dan menganalisis sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pengisian Markah Murid Dalam SEGAK

  1. Sila Login. Maklumat sekolah akan dipaparkan.
  2. Pilih ‘Kemaskini Maklumat’
  3. Pengisian aktiviti dan rekod SEGAK murid,data dan maklumat adalah mengikut penilaian awal yang telah dilakukan semasa sesi persekolahan.
  4. Pilih menu ‘Senarai Aktiviti’ untuk mengisi maklumat murid. Jika maklumat yang dikehendaki tiada dalam senarai pilihan, guru-guru perlu menambah sedia maklumat dengan menekan ikon pensel.
  5. Klik butang ‘Kelas’ dan ‘Tahun’ yang perlu dikemaskini. Klik butang ‘Cari’ untuk paparan maklumat murid bagi kelas tertentu.
  6. Pergi kepada ‘Laporan’ atau ‘Pengesahan’ setelah semua maklumat telah lengkap diisi dengan betul.
  7. Markah penuh setiap murid akan terpapar setelah semua pengisian telah lengkap dibuat.
  8. Klik butang ‘Sah Markah’ untuk mengesahkan markah murid. Butang ini hanya akan berfungsi jika semua maklumat telah lengkap diisi.
  9. Guru tidak dapat lagi mengubah markah murid jika semua markah murid tekah disahkan dalam sistem PAJSK.

Unit Kokurikulum

Terdapat 3 komponen di dalam kokurikulum merangkumi :

  1. Kelab dan Persatuan
  2. Pasukan Badan Unit Beruniform
  3. Sukan/Permainan

Untuk makluman semua, syarat merit 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan. Berikut adalah senarai pentaksiran bagi pemarkahan Kokulikulum di sekolah :

  • Penglibatan (50 markah) – Merangkumi jawatan, peringkat, komitmen dan khidmat sumbangan.
  • Penyertaan/Kehadiran (40 markah) – Merangkumi kehadiran. bagi setiap aktiviti.
  • Prestasi (20 markah) – Merangkumi pencapaian bagi setiap aktiviti yang diceburi.

Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum ini adalah satu kegiatan sukarela yang memberikan manfaat serta pengalaman kepada para murid-murid samaada didalam atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji dan membentuk pembentukan kendiri yang positif.

Sistem pemarkahan akan dinilai dan diperolehi daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.

Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut:

  • Perkhidmatan
  • Anugerah Khas
  • Khidmat Masyarakat
  • NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Aduan Atau Pertanyaan

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai sistem PAJSK ini boleh dihantar melalui emel ke [email protected].

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More