Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pelarasan tarif air yang akan naik sebanyak 22 sen bermula 1 Februari ini.

Isi Kandungan

Pelarasan Tarif Air Bermula 1 Februari 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu dengan pelaksanaannya dibuat berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan malah struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap 3 tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari 1
Pelarasan Tarif Air

Apakah Yang Saya Bayar Dalam Bil Air Saya?

Kelangsungan perkhidmatan melalui tarif munasabah iaitu bil air yang dibayar adalah untuk menampung kos merawat air sehingga diagihkan kepada pengguna mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia adalah termasuk:

  • 31% Kos Kakitangan
  • 26% Kos Elektrik
  • 20% Kos Penyenggaraan
  • 23% Kos Pentadbiran & Am
Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari 2
Pelarasan Tarif Air

Kenapa Tarif Air Perlu Disemak?

Tarif air yang tidak munasabah menjejaskan perkhidmatan bekalan air.

Tarif air yang tidak munasabah membantutkan perancangan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air sekaligus memberi kesan terhadap tahap perkhidmatan operator dan menjejaskan kepentingan pengguna.

Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari 3
Pelarasan Tarif Air

Bagaimanakah Tarif Air Ditetapkan?

Tarif air ditetapkan berdasarkan mekanisme penetapan tarif atau Tariff Setting Mechanism (TSM).

Berikut merupakan konsep TSM:

Penyeragaman Struktur Tarif Air sedia ada kepada kategori utama iaitu Domestik (Meter Individu) dan Bukan Domestik serta kategori khas iaitu Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan. Domestik (Meter Pukal) dan Perkapalan.
Penyeragaman Komponen Kos Tarif yang perlu ditampung oleh setiap kategori dan jalur penggunaan.
Penyeragaman Kaedah Penetapan Caj Minimum berdasarkan had penggunaan (consumption threshold) sebanyak 10 meter padu.
Kekerapan Pelarasan Tarif Disemak Setiap 3 Tahun
Pelepasan Cas Elektrik yang ditetapkan berdasarkan surcaj pelepasan kos tidak seimbang (Imbalance Cost Pass-Through (ICPT)) yang dikenakan oleh pembekal tenaga elektrik kepada operator air bagi tahun yang sebelumnya. Ia terpakai kepada Perkhidmatan Pembetungan Bersambung.
Pelarasan Tarif Air
Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari 4
Pelarasan Tarif Air

Adakah Kadar Tarif Air Sama Di Setiap Negeri?

Tidak. Tarif air berbeza di setiap negeri kerana keperluan perbelanjaan infrastruktur serta perbelanjaan pengoperasian di setiap negeri adalah berbeza.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan keperluan perbelanjaan infrastruktur dan perbelanjaan operasi setiap operator air negeri adalah seperti berikut:

  1. Bilangan Loji Rawatan Air (LRA) dan aset berkaitan pembekalan air di setiap negeri.
  2. Panjang paip yang perlu diselenggara dan diganti.
  3. Bilangan akaun pengguna.
  4. Kepadatan penduduk.
  5. Keadaan semasa aset bekalan air.
  6. Bentuk muka bumi kawasan pembekalan air.
  7. Kemajuan dan keperluan pembangunan setiap negeri.

Bagaimana Pelarasan Tarif Air Dapat Memanfaatkan Rakyat?

Pelarasan tarif air ini dapat memberikan bekalan air yang berkualiti kepada rakyat demi generasi masa akan datang dan dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan seperti:

  • Bekalan Berterusan – Pelaksanaan pembangunan infrastruktur bekalan air.
  • Perkhidmatan Berkualiti – Menampung peningkatan kos operasi.
  • Kepuasan Pengguna – Memenuhi harapan pengguna melalui pembekalan air yang selamat untuk diminum.

Berapakah Kadar Kenaikan Bil Air Bermula 1 Februari 2024?

Kadar kenaikan bil air bagi pengguna domestik adalah 5 hingga 27 sen sehari, iaitu bersamaan dengan RM1.60 hingga RM8.00 sebulan bagi penggunaan air 20 meter padu sebulan.

Manakala, kadar kenaikan bil air bagi pengguna bukan domestik pula adalah 1 hingga 7 sen sehari, iaitu bersamaan dengan RM0.40 hingga RM2.00 sebulan bagi penggunaan air 20 meter padu sebulan.

Caj elektrik diperkenalkan mulai 1 Februari 2024 bagi membenarkan operator untuk melepaskan perubahan kos tenaga elektrik kepada pengguna di negeri masing-masing.

Kadar caj yang sama dikenakan kepada semua kategori pengguna di mana kadar tersebut adalah berbeza-beza mengikut negeri (dari 2 sen hingga 10 sen bagi setiap meter padu) dan tertakluk kepada semakan tahunan.

Pelarasan Tarif Air: Purata Naik 22 Sen Setiap Meter Padu Mulai 1 Februari 5
Pelarasan Tarif Air

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pelarasan Tarif Air ini, anda boleh mengikuti semua saluran-saluran berikut:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More