Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2022 Melalui e-Filing Bermula 1 Mac 2023

Pelepasan Cukai LHDN 2022 ialah program kerajaan atau dasar yang direka untuk membantu individu dan perniagaan mengurangkan beban cukai mereka. Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2023.

LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai LHDN 2022 kepada individu pemastautin untuk makluman semua pembayar cukai.

Pelepasan Cukai LHDN 2022

Pelepasan Cukai LHDN 2022

Pelepasan Cukai LHDN 2022

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Isi Kandungan

Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2022

Berikut adalah Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2022 yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bermula 1 Mac 2023.

Pelepasan Cukai LHDN 2022

JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI 

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran:

Jenis Taksiran

Pendapatan Tahunan

(RM)

Pendapatan Bulanan

(RM)

Diri Sendiri

(Bujang / Janda / Balu / Duda / Pasangan Tiada Punca Pendapatan)

37,333

3,111

Berasingan

1. Berkahwin + 0 Anak

2. Berkahwin + 1 Anak

3. Berkahwin + 2 Anak

 

37,333

 

41,333

 

3,111

 

3,444

Bersama

1. Berkahwin + 0 Anak

2. Berkahwin + 1 Anak

3. Berkahwin + 2 Anak

 

48,000

50,000

52,000

 

4,000

4,167

4,333

JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Perniagaan terdiri daripada:

Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri

 

Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan

Contoh Perniagaan adalah:

 

  1. Perniagaan Runcit
  2. Perniagaan Pasar Malam / Gerai
  3. Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
  4. Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
  5. Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
  6. Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
  7. Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
  8. Pertanian dan Penternakan
  9. Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
  10. Pemandu Teksi / e-hailing

Perkongsian

 

Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan.

Perkongsian mungkin wujud di antara :

  • Individu-individu
  • Dua syarikat
  • Individu dan syarikat
  • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai?

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

  1. Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
  2. Melapor Pendapatan Tahunan
  3. Membayar Cukai Pendapatan

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax LHDNM.

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk Pendaftaran secara e-Daftar adalah seperti berikut:

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai LHDN 2022 bagi memudahkan proses e-Filing 2023,

Sekiranya anda mengalami masalah untuk menghubungi Hasil Care Line, anda juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More