Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023 Kini Dibuka

Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023

Maklumat Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023 adalah seperti yang berikut:

  • Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023 terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Tahun 2023
  2. Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam Ambilan Tahun 2023

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Tahun 2023

  • Bagi PISMP, terdapat 3 laluan iaitu:
  1. Laluan Perdana
  2. Laluan Khas (MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS – MBPK & MURID ORANG ASLI/PERIBUMI PENAN/SEKOLAH SUKAN MALAYSIA/SEKOLAH SENI MALAYSIA)
  3. Ambilan Khas (LULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG MEMILIKI SIJIL MENENGAH AGAMA – SMA ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA – SMU DAN LULUSAN SIJIL UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE – UEC)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 APRIL 2023 (11.59 Malam)

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam Ambilan Tahun 2023

  • Manakala bagi PPC, terdapat 1 laluan sahaja
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 APRIL 2023 (11.59 Malam)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa

  1. warganegara Malaysia
  2. calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022
  3. berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Syarat umum, syarat tambahan dan bidang pengkhususan yang ditawarkan serta keterangan program boleh merujuk pada Iklan Penuh Permohonan.

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2023.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

Calon SPM Tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (Rujuk tarikh-tarikh penting proses pengambilan PISMP)

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>IKLAN PENUH PERMOHONAN BAGI PISMP<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN BAGI PCC<<<

Mohon perhatian, iklan Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

Selain itu, jika anda ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong UITM 2023, Jawatan Kosong Di MBSA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Pengambilan Guru Tajaan KPM April 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More