Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Khas PISMP dengan Kepujian Ambilan 2020

Pengambilan Khas PISMP dengan Kepujian Ambilan 2020 ini adalah khusus untuk CALON LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA), SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) DAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Mac 2020.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Pengambilan Khas PISMP

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima beberapa pertanyaan
dan maklum balas berkaitan iklan pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian bagi calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Unified Examination Certificate (UEC) Ambilan 2020.

KPM ingin menjelaskan bahawa pengambilan pelajar bawah program ini dibuat
setiap tahun semenjak 2011 lagi. Jumlah pengambilan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dibuat KPM.

Ketetapan bagi pengambilan calon guru lulusan SMA, SMU dan UEC ini telah diumumkan semasa pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-10 pada tahun 2010 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu.

Syarat wajib bagi permohonan PISMP lulusan SMA, SMU dan UEC ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah. Permohonan daripada calon yang tidak mempunyai kelulusan SPM dan tidak memenuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

Program ini dibuka kepada lulusan SMA dan SMU yang mempunyai sijil SPM dan memenuhi syarat ditetapkan adalah bagi menampung unjuran keperluan guru untuk bidang Pendidikan Islam.

Manakala, program tersebut dibuka bagi lulusan UEC yang mempunyai sijil SPM dan memenuhi syarat ditetapkan bagi memenuhi unjuran keperluan guru Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

DI SINI

KENYATAAN MEDIA IKLAN PENGAMBILAN KHAS PISMP
Pengambilan Khas PISMP

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Pengambilan Khas PISMP dengan Kepujian Ambilan 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More