Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM

Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM

Maklumat Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM adalah seperti berikut:

JawatanInfo Lanjut
Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM– Tarikh Tutup Iklan: 15 Januari 2024 (Isnin)
– Jabatan / Kementerian: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Maklumat Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada calon dari negeri Pulau Pinang, Kedah & Perak.
  2. Berumur 18 hingga 45 tahun bagi Pegawai dan berumur 18 hingga 35 tahun bagi Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
  3. Sihat tubuh badan, penglihatan mata jelas dan terang.
  4. Syarat minima ukuran fizikal adalah seperti berikut:
  • Ketinggian: 1.62m (lelaki), 1.57m (perempuan)
  • Berat Minima: 47.5kg (lelaki), 45kg (perempuan)
  • BMI: <26.9 (lelaki & perempuan)
  • Ukuran Dada: 76cm (lelaki)

Calon-calon Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM juga perlu melepasi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Bagi jawatan Pegawai, Ijazah Sarjana Muda (CGPA: 2.7 ke atas) dan SPM Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik atau setaraf.
  2. Bagi jawatan Perajurit Muda, SPM Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Bahasa Inggeris.

Kelebihan Menyertai PSSTLDM

Antara kelebihan menyerta PSSTLDM adalah:

  1. Berpeluang diserap ke Angkatan Tetap bagi Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
  2. Diberikan elaun latihan dan perjalanan.
  3. Pakaian seragam disediakan.
  4. Berpeluang menjalani latihan ketenteraan.
  5. Berpeluang menyertai kepelbagaian aktiviti menarik.
Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM 1
Aktiviti-aktiviti dilaut adalah sangat asing kepada kebanyakan anggota masyarakat. Individu-individu yang menyertai PSSTLDM berpeluang menjalani latihan atau tugasan diatas kapal-kapal perang TLDM. Pengalaman yang diperolehi amat berharga dan bermakna.

Cara Memohon

Permohonan Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM boleh dibuat dengan mengisi Google Form Borang Pengambilan Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda PSSTLDM (01/24) sebelum tarikh tutup iklan permohonan, 15 Januari 2024.

Untuk maklumat penuh pengambilan, syarat dan tarikh serta lokasi pemilihan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti Peluang Kerjaya Bersama Pos Malaysia atau Pengambilan Baru PULAPAS, anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Siri 01/24 PSSTLDM ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More