Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan SPP 2024 (Graduan Pendidikan) Kini Dibuka

Pengambilan SPP 2024 kini dibuka dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan SPP 2024

Maklumat Pengambilan SPP 2024 yang kini dibuka untuk semua Graduan Pendidikan di luar sana adalah seperti berikut:

JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
Taraf JawatanKontrak (Interim)
Lokasi PenempatanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tarikh Tutup Permohonan26 April 2024 (Jumaat)

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat lantikan Pengambilan SPP 2024 ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini.
  3. Syarat-syarat kelayakan pendidikan yang lebih terperinci boleh lihat pada IKLAN PENUH PERMOHONAN dibawah.
Pengambilan SPP 2024 (Graduan Pendidikan) Kini Dibuka 1
Pengambilan SPP 2024

Cara Permohonan

Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).

Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024, TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini dibuka.

Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.

Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi / dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan SPP 2024 (Graduan Pendidikan) Kini Dibuka 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan SPP 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan SPP 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More