Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Dana Bantuan Kasih Niaga Melaka

Usahawan Mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka kini boleh membuat permohonan bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Melaka iaitu Dana Bantuan Kasih Niaga. Dana bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan agar lebih berdaya saing dan maju.

Menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga, usahawan yang layak akan menerima bantuan pembiayaan berbentuk geran sehingga RM1,000 bagi tujuan perniagaan mereka.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi Dana Bantuan Kasih Niaga telah dibuka mulai 22 Mac 2021 dan akan berakhir pada 22 April 2021.

Maklumat Pembiayaan

Pembiayaan yang boleh dibuat permohonan menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan mesin dan peralatan perniagaan
  • Khidmat rundingan dan pembangunan produk
  • Promosi dan pemasaran
  • Pembiayan bahan mentah
  • Modal kerja

Jenis Perniagaan

Semua perniagaan layak untuk memohon Dana Bantuan Kasih Niaga kecuali:

  • Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Institusi kewangan/pinjaman wang
  • Multi-level marketing
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

Syarat Kelayakan

Usahawan yang ingin memohon Dana Bantuan Kasih Niaga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Perniagaan pemohon hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau Sijil Amalan Professional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
  • Pemohon mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penjaja atau peniaga kecil.
  • Perniagaan beroperasi dan beralamat di Melaka.
  • Perniagaan adalah Mikro atau jualan tahunan kurang atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  • Perniagaan yang dijalankan sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan disini.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah yang berdekatan:

permohonan

Dokumen Sokongan

Pemohon diperlukan membawa dokumen sokongan seperti dibawah perlu:

  1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad
  2. Gambar pemohon berukuran passport
  3. Salinan Lesen Perniagaan atau Pendaftaran SSM
  4. Salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan (mana yang berkaitan)
  5. Gambar perniagaan
  6. Salinan perjanjian sewa
  7. Bil utiliti atau resit pembayaran

Bagi salinan Kad Pengenalan dan salinan Lesen Perniagaan atau pendaftaran SSM, setiap helaian mestilah telah disahkan oleh pegawai yang layak:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Pengetua/Guru Besar
  • Guru Penolong Kanan
  • Wakil Rakyat
  • Penggawa
  • Penghulu/Ketua Kempung
  • Pengerusi JKK

Bagi salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan salinan tersebut mesti mendapat pengesahan daripada pegawai bank.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dana Bantuan Kasih Niaga, sila hubungi Pebajat Daerah masing-masing:

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229

Artikel lain: Biasiswa Sarawak Energy, Biasiswa Tunku Abdul Rahman

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More