Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025 kini telah dibuka kepada semua kanak-kanak yang berusia 4 dan 5 tahun.
Tarikh penting, syarat kelayakan, cara membuat permohonan serta panduan permohonan kemasukan ke prasekolah sesi 2024/2025 kini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk perhatian dan tindakan ibu bapa yang berkaitan.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025
Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun serta berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada sesi 2024/2025, anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Selain itu, ibu bapa yang ingin mengetahui info-info pendidikan terkini yang mungkin akan berkait dengan anak-anak anda juga boleh tekan di sini.
Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025
- Pendaftaran prasekolah sesi 2024/2025 boleh dibuat sama ada secara dalam talian (online) melalui portal ePrasekolah KPM atau secara manual
- Pendaftaran secara dalam talian (online) akan dibuka mulai 1/3/2023 sehingga 30/4/2023 manakala pendaftaran secara manual akan dibuka mulai 1/3/2023 sehingga 31/5/2023
- Tarikh semakan permohonan pula akan dibuka mulai pada 5/8/2023 dan jika ada murid yang tidak bernasib baik, boleh membuat rayuan mulai 5/8/2023 sehingga 20/8/2023
Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan kemasukan ke Prasekolah sesi 2024/2025 adalah seperti yang berikut:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2024/2025
Kaedah permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu :
- Dalam Talian (online)
- Tempoh permohonan secara dalam talian (online) bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePrasekolah KPM
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang tersebut perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.
- Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada ePrasekolah KPM sebagai panduan.
- Manual
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Fungsi Sistem ePrasekolah KPM
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sebuah sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka yang bakal menduduki Prasekolah secara dalam talian (online).
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah KPM iaitu:
Permohonan ke prasekolah KPM |
|
Kemaskini maklumat pengguna |
|
Carian maklumat institusi prasekolah KPM |
|
Semak status pendaftaran |
|
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan Prasekolah KPM atau tentang permohonan yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada Prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada
Kenapa Ibu Bapa Perlu Menghantar Anak-Anak Ke Prasekolah?
Tujuan utama ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke prasekolah supaya mereka mendapat pendedahan awal tentang dunia sebenar serta mendapat pendidikan awal sejak usia kanak-kanak.
Ada juga ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka untuk mendapatkan pendidikan sebelum ke sekolah.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak bukan bermula daripada prasekolah tetapi ia sebenarnya bermula seawal usia lagi sesuai dengan kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
Objektif pendidikan awal kanak-kanak adalah sebenarnya untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi. Selain itu, menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan serta meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat.
Justeru, sebenarnya ibu bapa sangat digalakkan untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah supaya mereka boleh mengasah skill sejak mereka kanak-kanak lagi serta boleh membuat persediaan sebelum ke alam sekolah.