Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MySPP 2021 Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Permohonan MySPP 2021 untuk Pengambilan Khas Guru secara one-off bermula 7 Julai ini. Permohonan MySPP boleh juga dibuat bagi jawatan lain yang ada. Kami cuba kongsikan lebih lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan cara mudah untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam bidang pendidikan melalui Portal MySPP.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun.

Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP.

Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.

Isi Kandungan

Senarai Jawatan SPP

Berikut merupakan jawatan kosong yang boleh dipohon bagi tahun ini (2021):

A. Jawatan Guru

  • Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
    1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

B. Jawatan Bukan Guru

  • Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
  • Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
    2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
    3. Penyelia Asrama Gred N19
    4. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
    5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
    6. Pembantu Makmal Gred C19
  • Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    1. Pembantu Operasi Gred N11
    2. Pemandu Kenderaan Gred H11

Apa Itu MySPP?

SPP adalah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang khusus untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan perkhidmatan, kemasukan dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat pendidik, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib setiap pendidik.

SPP bertindak melalui mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya berkaitan urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkuasa sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam apa-apa perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

  1. Memberi lantikan kepada calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  2. Bertindak untuk pengesahan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  3. Memberi kelulusan taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Mengawal kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  5. Memberi kelulusan untuk menukar pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  6. Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran di Malaysia.

Kelayakan Permohonan MySPP

Berikut merupakan kelayakan yang telah ditetapkan oleh MySPP sendiri bagi Gred DG41 dan DG29

SKIM PERKHIDMATAN DG41 & DG29

Manakala dibawah ini adalah kelayakan yang ditetapkan bagi Gred DH41 dan DH29

SKIM_PERKHIDMATAN_DH

Permohonan MySPP 2021

Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja.

Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama mySPP melalui langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://myspp.spp.gov.my.
  2. Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan.
  3. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama
  4. penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
  5. Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan e-mel (mestilah sama dengan alamat e-mel semasa pendaftaran di JobsMalaysia, hanya pemohon yang telah berdaftar di JobsMalaysia).
  6. Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
  7. Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
  8. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.

Maklumat yang perlu sentiasa dikemaskini merangkumi:

  • Maklumat Akademik
    • PT3/PMR/SRP/LCE
    • SPM/MCE/SPM(V)
    • Peperiksaan Tambahan
    • STPM/STP/HSC
    • Pengajian Tinggi
    • Profesional
  • Maklumat Ko-kurikulum
    • Sukan dan Persatuan
    • Rekacipta / Pencapaian
    • Bakat/Kebolehan Bahasa
  • Maklumat Tambahan
    • Bakat / Kebolehan Bahasa
    • Bekas Tentera / Polis
    • Penerima Bantuan / Kurang Upaya
    • Tiada Maklumat Tambahan
  • Jawatan Dimohon
cara mohon myspp 2021

Cara Permohonan MySPP

Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon

cara mohon myspp 2021
  1. Untuk membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan klik butang <<
  2. Seterusnya pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan
  3. Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi
    Nota: Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki
  4. Pastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan
  5. Jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses.
cara mohon myspp 2021

Semakan Permohonan mySPP

(Nota: Pemohon perlu menunggu 3 hari bekerja terlebih dahulu untuk membuat sebarang semakan.)

Pengguna yang telah membuat permohonan jawatan di sistem mySPP boleh membuat semakan status permohonan seperti cara berikut:

  1. Log Masuk Portal mySPP https://myspp.spp.gov.my
  2. Klik pautan ‘Semakan Permohonan’ dan status permohonan setiap jawatan akan dipaparkan.

Tempoh sah laku permohonan adalah (1 tahun) daripada tarikh pendaftaran jawatan tersebut. Ianya boleh dilihat di paparan skrin status permohonan.

Soalan Lazim

  1. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

    • Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
  2. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan ke SPP?

    • Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.
  3. Mengapa saya perlu memperbaharui / mengemas kini permohonan/pendaftaran?

    • Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.
  4. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?

    • Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP. 
  5. Bagaimanakah cara untuk saya memohon mengikuti kursus perguruan?

    • Permohonan untuk mengikuti kursus perguruan adalah di bawah bidang kuasa rektor IPGM, KPM/KPT. Sila rujuk bahagian berkenaan untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut

Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan
pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

Talian Hotline mySPP :

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

Apa Kebaikan Program Permohonan MySPP Ini?

Dalam suasana pandemik yang kian meningkat, sememangnya tugas para guru akan terbeban dek kerana PDPR yang harus ditanggung oleh para guru. Ketiadaan kelengkapan yang lengkap dan norma baharu yang perlu mereka hadapi bukan satu tugas yang mudah. Oleh itu, dengan pengambilan MySPP kali ini dapat mengurangkan bebanan para guru dan secara langsung ianya dapat juga mengurangkan pengangguran dikalangan lepasan guru atau maktab.

Disamping itu, khas untuk para guru, anda boleh membuat Permohonan Geran Adiguru sebagai salah satu projek untuk pembasmian kemiskinan oleh Untuk Malaysia. Anda boleh merujuk artikel kami iaitu (Permohonan Geran Adiguru Khas Buat Para Guru) jika berminat untuk memohon. Hal ini kerana, besarnya peranan seorang guru sebagai seorang change maker kepada masyarakat untuk membentuk bangsa yang lebih maju dan terbilang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More