Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN TENTERA DARAT MALAYSIA PERAJURIT MUDA LELAKI 2022

Tentera Darat Malaysia kini membuka permohonan pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 195 bagi tahun 2022.

Pengambilan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia lelaki yang layak serta minat dalam tugas ketenteraan. Permohonan dibuka bermula 17 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022, secara online.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan kerja di Jabatan Perbadanan Menteri (JPM).

Isi Kandungan

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON TENTERA DARAT MALAYSIA?

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian  dengan melayari  laman Jom Masuk Tentera atau Perajurit Muda TDM.

Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pemilihan akhir.Keputusan akan diumumkan pada laman sesawang Perajurit Muda TDM.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK, FIZIKAL DAN TAMBAHAN?

Para pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

1)KELAYAKAN AKADEMIK LELAKI/WANITA

Mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

2)UMUR

Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022.

3)KELAYAKAN FIZIKAL LELAKI

  • Tinggi 1.62m (minimum)
  • Berat 47.5 (minimum)
  • BMI 18.0 – 26.0

4)KELAYAKAN TAMBAHAN

  1. Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing.

BAGAIMANAKAH SKIM GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN?

SKIM GAJI :

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN :

  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elauan Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN :

  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman

TENTERA DARAT MALAYSIA

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN TENTERA DARAT MALAYSIA?

  • Tarikh Permohonan Dibuka : 17 Januari 2022
  • Tarikh Akhir Permohonan : 31 Januari 2022

CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2022

1. Tekan pada pautan seperti berikut:

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • Nama penuh
  • No Kad Pengenalan
  • Jantina
  • No Telefon (Boleh dihubungi)
  • Email (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
  • Kata laluan (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan “Daftar”.

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan huruf besar.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang “Hantar”.

6. Untuk membuat semakan, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian “Semak Status Permohonan” di akaun yang telah anda daftarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sebarkan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More