Pilihan Raya MYDIN 2025: Promosi Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia!
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Pilihan Raya MYDIN 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan
Pilihan Raya MYDIN 2025
Prihatin dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing pada waktu kini, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), rangkaian pasar raya dan pemborong halal terbesar di Malaysia kini tampil dengan satu kempen yang cukup menarik, iaitu Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 yang bertemakan:
“Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”
MYDIN memperkenalkan kempen pemasaran berkonsepkan pilihan raya sebagai pendekatan inovatif untuk menarik perhatian pengguna sambil mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan jenama barangan di pasar rayanya.
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, idea itu timbul berdasarkan pemerhatiannya terhadap suasana politik negara yang tidak pernah sunyi daripada kempen, sekali gus mencetuskan ilham untuk membawa semangat ‘berkempen’ ke dalam dunia peruncitan.
Pelanggan MYDIN berpeluang mengundi jenama kegemaran mereka secara dalam talian (online) melalui aplikasi MYDIN Rewards bermula dari 1 September 2025 sehingga 16 September 2025.
Sebanyak 26 kerusi Parlimen dan 85 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, yang mana jenama meraih undian tertinggi akan bergelar YB (Yang Berharga).
Setiap pembelian bagi produk jenama terlibat bersamaan satu undian. Jadi penentu adalah kepada pemenang calon jenama terbaik! Undi anda amat bermakna.
Cara Mengundi
Berikut adalah cara untuk pelanggan mengikuti Pilihan Raya MYDIN 2025 ini, iaitu:
| Tarikh Undian / Tarikh Keputusan | Cara Mengundi | |
|---|---|---|
| 50% Undian Secara Belian | 24 Julai 2025 – 31 Ogos 2025 | Beli barang jenama terpilih secara fizikal di MYDIN, dapat 1 Undian! |
| 50% Undian Secara Atas Talian | 1 September 2025 – 16 September 2025 | Undi terus di MYDIN Rewards untuk pastikan jenama kegemaran anda menang! |
| 100% Keputusan Di Tangan Rakyat MYDIN | 19 September 2025 | Semua undian akan dikumpul dan dikira. Jenama dengan undian tertinggi akan diumumkan pemenang pada 19 September 2025. |

Calon Rakyat
Berikut adalah calon-calon jenama yang dipertandingkan pada Pilihan Raya MYDIN 2025 ini, iaitu:

Manifesto Calon
Berikut adalah manifesto calon-calon jenama yang dipertandingkan pada Pilihan Raya MYDIN 2025 ini, iaitu:
| Jenama | Manifesto |
|---|---|
| OATSIDE | Beli 1 Percuma 1 untuk produk minuman OATSIDE terpilih yang berharga RM6.99 hingga RM9.69. |
| Pepsodent | Dapatkan hadiah istimewa mulai 1 Oktober 2025 dengan setiap pembelian! |
| EB FROZEN FOOD | Nikmati diskaun RM2.00 untuk pembelian seterusnya dengan pembelian produk EB FROZEN FOOD, minimum RM30.00. |
| SUBI | Beli 2 paket produk SUBI, percuma 1 kotak tisu MYDIN percuma 1 pinggan seramik SUBI untuk 100 pelanggan terawal. |
| UNILEVER | RM3,000.00 akan disumbang kepada MYDIN Prihatin untuk setiap jenama UNILEVER yang menang. |
| Puteri | Promosi serendah RM0.99 untuk produk Puteri yang terpilih selama seminggu! |
| Kimball | Kombo Istimewa Sehari! (Kimball Spaghetti & Kimball Mushroom PS) dengan hanya RM6.00 sahaja! |
| Glade | Nikmati diskaun 30% untuk Glade Scented Gel 180g terpilih! (Bamboo Forest & White Tea, Green Apple & Peach, White Rose & Peony). |
| Dettol | Pilih jenama kegemaran anda! Jika menang, promosi sehari untuk Dettol Refill (RM8.99), Air Wick Starter (RM20.00), Harpic (RM5.90) dan banyak lagi! |
| Cadbury DAIRY MILK | Rebut Neap Jar eksklusif dengan RM19.99! |
| HWA TAI | Dapatkan Hwa Tai Siang Siang Crackers 400g pada harga istimewa RM2.50! |
| F&N Magnolia | Diskaun sehingga 30% untuk produk Magnolia terpilih selama 3 hari! |
| Vinda | Jika menang, harga promosi sehingga hujung tahun! |
| DARLIE | Promosi ubat gigi dan berus gigi berharga serendah RM6.80 selama satu bulan! |
| Munchy’s | Promosi Kilat Sehari! Jimat 30% untuk pilihan barangan terpilih! |
| SENSODYNE | Nikmati diskaun 15% untuk SENSODYNE terpilih! Enamel Mint & Fresh Mint 100g! |
| Julie’s | Diskaun sehingga 10% untuk produk Julie’s terpilih! |
| Mi Sedaap, Daia, BOOM | Harga rendah sehingga hujung tahun! Mi Sedaap Goreng 5sx90g RM4.99. Daia Detergent 2.1kg – 2.3kg dari RM13.99. BOOM Detergent 2.5kg promo RM9.89. |
| Kawan | Promosi bagi KW Paratha Plain & KAWAN ROTI CHANAI 400GM. |
| Mayora Group | Dapatkan air Teg Pucuk Harum / Mayora Nipis Madu & biskut dengan setiap pembelian produk Mayora sebanyak RM15.00. |
| Kapal Api | Promosi semua produk Kapal Api serendah RM8.90 pada Oktober 2025 sempena Bulan Kopi! |
| Coca-Cola | Percuma ber Coca-Cola dengan perbelanjaan sebanyak RM15.00 bermula 17 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025. |
Selain itu, berikut adalah katalog lengkap mengenai promosi sempena Pilihan Raya MYDIN 2025 ini! Ayuh semua rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang ini!
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut dan untuk mendapatkan info terkini mengenai Pilihan Raya MYDIN 2025 ini, sila rujuk portal rasmi MYDIN dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!
Harga Rendah, Produk Halal, Komitmen Rakyat, Ayuh Undi Sekarang!



