Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Subsidi Upah PSU 4.0 : PELAN PEMULIH

Program Subsidi Upah PSU 4.0 ini dikeluarkan bagi menyokong Perniagaan yang menjadi fokus kedua dalam pakej PEMULIH. Pihak kerajaan telah melihat dan sedar ramai peniaga yang tidak dapat beroperasi sepanjang fasa pertama PPN.

Matlamat fokus kedua ini ialah memberikan kemudahan dari segi kewangan dan membantu majikan dengan mengurangkan kos tangggungan, memberi sokongan dalam usaha digitalisasi, pengajian insentif diteruskan dan fasiliti pembiayaan disediakan.

Isi Kandungan

Program Subsidi Upah PSU 4.0

  • Kerajaan telah pun mengeluarkan 15 bilion ringgit sepanjang program ini di bawah Pakej PEMULIH bagi membantu majikan membayar gaji pekerja.
  • Memandangkan program ini menerima respon yang positif, pihak kerajaan telah bersetuju melajutkan program ini.
  • Peruntukan akan diberi sebanyak 3.8 bilion ringgit dan akan dimanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.
Program Subsidi Upah PSU
Sumber : PERKESO – Program Subsidi Upah

Inisiatif Program Subsidi Upah (PSU) 4.0

  1. Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak 600 ringgit setiap pekerja selama tempoh empat bulan, iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN, dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
  2. Sukacita dimaklumkan syarat gaji di bawah RM4,000 telah dibatalkan. Kini semua majikan boleh memohon tanpa mengambil kira akan tangga gaji (jika gaji atas RM4,000).

Selain daripada program bantuan kerajaan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 ini , anda juga boleh memohon i-Citra KWSP untuk meringankan beban. Kita dibolehkan membuat pengeluaran sehingga RM5,000 untuk meringankan bebanan yang ditanggung semasa pandemik ini.

Siapakah yang layak memohon Program Subsidi Upah?

Semua majikan layak dan boleh memohon jika gaji atas daripada RM4,000.

Adakah program ini akan memberi manfaat dan bantuan kepada para majikan dan pekerja?

Semestinya. Ini dapat melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan mereka dengan cara majikan dapat meneruskan operasi syarikat.

Apakah Program Subsidi Upah (PSU), PSU 2.0 dan PSU 3.0?

Seperti sedia maklum, PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar
kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang
bergaji RM4,000 dan ke bawah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More