Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RAKYAT MALAYSIA MAHU BERSYUKUR ATAU KUFUR?

RAKYAT MALAYSIA merupakan raykat yang kaya dengan perilaku dan tatatertib. Tidak banggakah anda menjadi rakyat Malaysia ketika ini? Rakyat negara lain mencemburui rakyat Malaysia ketika ini kerana kasih sayang kerajaan mengambil berat akan rakyatnya. Tidak seperti negara lain yang hanya membiarkan rakyatnya bersendirian menghadapi pandemik covid-19 ini. Malah mereka juga tidak diberi bantuan seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT MALAYSIA MAHU BERSYUKUR ATAU KUFUR? 2

KEBANYAKAN rakyat Indonesia mencemburui keperihatinan Kerajaan Malaysia membantu rakyatnya ‘berperang’ bersama Covid-19 dan dikatakan antara negara terbaik menguruskannya.

Malah, kebanyakan mereka terkejut dengan situasi terkini di Malaysia dengan langkah-langkah diambil kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia tidak panik dan kelam kabut menghadapi bencana sebegini besar.

Macan Idealis yang menemuramah Prof. Dr. Irwandi Jaswir, mengenai kondisi terkini di Malaysia ternyata terkejut malah menyatakan walaupun sebelumnya berlaku pelbagai masalah politik di Malaysia, kecekapan serta keperihatinan kerajaan menyebabkan rakyat berdiri di belakang pemerintah, malah sekiranya pembangkang melakukan tindakan
sebaliknya pasti akan dikritik oleh rakyat Malaysia . Irwandi menyatakan keadaan di Malaysia membuktikan pemerintahnya sememangnya bersedia dan bijak menguruskan
situasi bencana seperti Covid-19 ni.

4 Kebijakan pemerintah Malaysia yang dikagumi dan perlu dicontohi bagi Rakyat Malaysia

Pertama, semua maklumat dari satu sumber tiada percanggahan dari negeri atau daerah. Setiap hari rakyat Malaysia dapat mendengar perkembangan terkini dari Ketua Pengarah Kementerian
Kesihatan dan pihak pemerintah tanpa ada percanggahan. Menurut portal rasmi , kita dapat merujuk sebarang perubahan yang berlakud alam negara kita.

Kedua, jujur dan transperan, angka-angka statistik dapat diikuti dengan lengkap dan dari maklumat sahih, dapat dikesan pesakit dari kes demi kes ini memudahkan rakyat mengetahui dan memahami.

Ketiga, adanya jaminan dan keperluan asas dari kerajaan, hampir tidak ada mendengar orang kekurangan makanan, bahkan mahasiswa di universiti dan kolej mendapat makanan secara percuma dari pemerintah. Kekurangan bahan asas tidak ada di Malaysia, mereka berbelanja seperti biasa dan adanya jaminan kerajaan mengenai keperluan yang mencukupi.

Keempat, Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin membantu rakyat, meliputi semua golongan, menyediakan keperluan mencukupi di hospital bagi menangani pandemik
Covid-19. Pengumuman bantuan kepada rakyat seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin menyebakan rakyatnya tidak panik dan patuh akan arahan kerajaan sehingga kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu tinggi. Malah, komen-komen di ruangan youtube berkenaan lebih mengejutkan apabila ada rakyat terus-menerus memuji kerajaan
Malaysia dan mengharapkan kerajaannya menuruti langkah-langkah yang diambil.

“Waktu yg paling tepat Perdana Menteri Malaysia ambil alih pmerintahan. Cara dia berucap menyampaikan kpada rakyat seperti ayah kpada anaknya, terserlah rasa sayangnya kepada
rakyat, semoga Allah panjangkan umurnya dan dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, amin. Semoga Presiden Indonesia bisa mengikuti jejak langkah yg sama, amin,” kata Awang Adeng menerusi ruang komen berkenaan.

Lebih mengejutkan ada komen yang menyatakan mengapa Sumatera tidak bergadung dengan Malaysia dahulu?. “ENAK BANGET JADI ORANG MALAYSIA YA. Kenapa orang sumatera dulu milih gabung indonesia…??padahal mayoritas etnis sumatera sama sama melayu padahal,” luah Prabu Ranga Susana.

“Bener banget yg di bilang sama prof karena saya sendiri juga masih di malaysia ..Andai saja di indonesia dapat kebijakan seperti di malaysia …tapi itu cuman mimpi !!.

“Saya bangga dengan segala keanekaragaman Indonesia, tapi jadi iri kalau lihat negara lain yang lebih baik membimbing dan mencintai rakyatnya,” kata seorang lagi.

“Malaysia negara yang memikirkan keberadaannya rakyatnya,….menghargai dan menghormati rakyatnya…..beda sama negara kita banyak koruptor selalu menjual rakyat kurang mampu,….lihat malaysia bangga mereka menjadi rakyatnya,…kondisi dunia yang
dilanda musibah,…disinilah keberadaan pemerintah yang perlu diharapkan anak negeri,” Raja Zibran Zibran Fahlefi.

“Malaysia sering membingungkan indonesia. Makin diketahui
makin aneh. Seperti apa malaysia ya? Biar sering dijelik2
dihina.malah jalan terus,” kata Norasrianuar Asrianuar.

Walaupun pelbagai tomahan sebahagian rakyat yang mengatakan kerajaan sekarang ini kerajaan “pintu belakang”, tetapi kerajaan inilah yang membantu anda semua ketika ini. Sebagai contoh lihatlah di indonesia kerajaannya langsung tidak memberi bantuan kepada rakyatnya. Malah, sistem PKP di Indonesia juga tidak seperti di Malaysia. Rakyatnya masih ramai yang ingkar. Pilihan di tangan anda untuk bersyukur atau kufur akan nikmat yang Allah berikan ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More