Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rasmi: Pengambilan Perajurit Muda di TUDM 2022

Pengambilan secara besar-besaran Perajurit Muda di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dibuka bermula 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022 untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Perajurit Muda

PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 66/23 (LELAKI)

  • Tarikh tutup permohonan : 23 September 2022
  • Lokasi : Seluruh Malaysia
  • Kelulusan Minimum : SPM/SVM/SKM
  • Status Pelantikan :Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan 

  • SYARAT ASAS PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  4. Penglihatan –
    1. Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    2. Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
  • KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Perajurit Muda
Perajurit Muda

Cara Memohon Perajurit Muda

  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN 

Mohon perhatian, iklan kerja kosong di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

jawatan kosong

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini , sila pergi ke portal Kerja Kosong kami kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More