Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rayuan BPR – Tarikh Tutup Permohonan 30 Jun

Permohonan Rayuan BPR akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Baca Juga: Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB

Isi Kandungan

Permohonan Rayuan BPR 2021 (Panduan)

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada lamanweb https://bpr.hasil.gov.my
  2. Menghantar borang rayuan BPR 2021 secara manual di cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berhampiran secara janji temu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cara permohonan online adalah, login ke dalam sistem BPR dan masuk ke bahagian MyBPR dan klik Permohonan Rayuan.

Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

Permohonan Rayuan BPR
rayuan bpr

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seperti diumumkan dalam Program Pemerkasa Tambahan pada 31 Mei 2021, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

Info Berkaitan BPR 2021:

  • selepas pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).
  • kerajaan telah menyalurkan RM4.6 billion bantuan BPR kepada seramai 8.4 juta penerima B40 pada Februari/Mac dan Mei 2021.
  • Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuka pada September 2021.

Soalan Lazim

  1. Apa yang dimaksudkan dengan e-Janji Temu?

    e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

  2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan janji temu?

    Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau klik link janji temu https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx.
    Rujuk panduan pengguna e-Janji Temu.

  3. Berapakah jumlah permohonan janji temu yang boleh saya buat dalam satu (1) hari?
    Setiap pemohon hanya boleh membuat satu (1) permohonan janji temu dalam satu hari.
  4. Adakah saya boleh menjadi wakil kepada pemohon untuk hadir ke kaunter LDHNM secara janji temu?

    Boleh. Wakil / pemohon boleh membuat permohonan e-janji temu dengan mengisi maklumat pemohon dan juga maklumat wakil yang akan hadir semasa janji temu berkenaan.

  5. Sekiranya slot janji temu telah penuh, apakah alternatif lain yang boleh diambil?

    Tuan / puan boleh mengakses perkhidmatan yang diperlukan secara dalam talian (Rujuk Jawapan bagi Soalan 6) atau hubungi talian Hotline BPR untuk pertanyaan lanjut seperti berikut:
    1. BPR LHDNM 1-800-88-2747
    2. Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More