Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Review Terbaik Printer Brother DCP-J100, DCP-T510W dan MFC-J2730DW oleh Tim Nazeri

Cikgu dan printer berpisah tiada

  • Brother DCP-J100
  • Brother DCP-T510W
  • Brother MFC-J2730DW

BROTHER DCP-J100 Tahun 2015 – 2020

BROTHER DCP-J100 Tahun 2015 - 2020
BROTHER DCP-J100 Tahun 2015 – 2020

Mula menggunakan printer Brother J100. Masa tu rasa mahal sangat printer brother guna Bonus akhir tahun 2014 RM500 tu. Habis beli printer dan refill tank yg panjang.Sekarang dah guna refill tank pendek Masa tu refill tank ni mahal lagi.

Letak printer tu di sekolah senang nak guna. Alang-alang bagi kawan-kawan guna sebab percaya “kalau bagi orang guna berkat die susah nak rosak kene yakin je” guna konsep ni sejak zaman belajar setiap kali presentation guna Laptop saya dan laptop dapat digunakan hampir 7 tahun.

Alhamdulillah printer berjaya digunakan sampai harini walaupun banyak tangan yang menggunakannya. Hasil cek user setting list lebih 32 000 kertas telah dicetak menggunakan printer ni. Banyak tak..Hanya sekali je hantar kedai cek ada problem.

BROTHER DCP-T510W Tahun 2018-2020

BROTHER DCP-T510W Tahun 2018-2020
BROTHER DCP-T510W Tahun 2018-2020

Bila makin banyak tahun letak kat sekolah je printer terasa nak guna printer kat rumah pula senang nak print apa-apa dalam kadar segera. So sekarang ada dua printer peribadi. Satu di sekolah satu di rumah. Beli printer ni di Lazada je. Harga sekali penghantaran hampir RM 500 juga rasanya.

Printer kedua ini lebih advance berbanding yang pertama kerana refill tank system. Kita tak perlu beli yang refill tank lain dah..memang dah ada di printer tu. Jumlah kertas yang dicetak oleh printer ni baru sahaja 3058 helai kertas.

BROTHER MFC-J2730DW Tahun 2018 -2020

BROTHER MFC-J2730DW Tahun 2018 -2020
BROTHER MFC-J2730DW Tahun 2018 -2020

Dengan pembelian printer kedua, saya mula berfikir untuk membeli satu printer brother besar yang boleh print ker A4 dan A3 dan yang penting boleh print secara automatic depan belakang orang ganu panggil duplex printing yang boleh digunakan oleh semua guru dengan mudah.

Memandangkan harganya agak mahal kami sepakat mengumpul duit RM50 seorang bagi menampung kos tersebut. Kami tak ramai guru dalam 16 je campur pentadbir. Maka dapat la kami beli printer ini dengan harga promosi ketika itu RM899 di Digital Mall PJ.

Printer ini sangat banyak fungsi boleh google sendiri. Yang menarik mula-mula beli ink asal printer ni waterproof tapi tank die kecil je. Lepas habis kami beli yang refill tank yang lebih besar dan bukan waterproof. Walaupun baru setahun setengah digunakan di bilik guru lebih 17000 kertas telah dicetak.

Sebelum ini pernah sekali ada masalah namun lepas pergi pusat service Brother PJ rupanya printer tu ok je cuma die ada update something dan masa diupdate ada orang tak perasan tutup plug die. Itu je satu-satunya masalah pernah timbul Printer ni sangat sesuai untuk heavy duty dan boleh photostat 30 sekali jalan.

Update EXTRA 9.44 p.m

Saya nak tambah satu lagi pengalaman menarik bab printer J2730 ni..sepanjang hampir setahun setengah kami menggunakan printer ni..kami tak jumpa refill ink yang murah sehinggalah awal bulan Januari 2020 lazada ada sale refill ink yang sesuai dengan printer ni.

Adakah kami menggunkan ink yang original sepanjang setahun lebih ini?

Mestilah tidak. Semasa beli printer ni. Orang kedai cakap takpe tak de refill tank. Awak tebuk je lubang. Dia bagi kan saya 4 penutup lubang ink kecil tu secara PERCUMA.

Maka dengan pertolongan cikgu lelaki di sekolah. Cartridge original itu berubah menjadi refill tank. Maaf ya Brother Company. Sepatutnya saya rahsiakan nanti ramai ikut ajaran sesat ni.

Bila dah ada lubang tu senanglah kerja dan ada caranya sebenarnya nak buka cartridge die ni. Kena cungkil sikit. Lepas tu isi ink bukan ori dan tutup dengan penutup PERCUMA tadi tu. Saya rasa mesti ada dalam group ni buat begitu jugak.

Dengan itu, bergembiralah kami menggunakan printer ini sepuas hati tanpa rasa bersalah. Oleh sebab tank die kecil dan perlu diisi oleh beberapa orang sahaja yang tahu caranya.

Bagi kebahagian bersama tanpa menyusahkan pihak yang kene refill dengan kerap maka terbelilah refill tank sebenar di lazada dengan harga RM98 satu set.

Risiko guna ink tak ori ni atas sanggup ke tak je. Tapi cartridge ori saya simpan je.

Rutin penjagaan printer

1. Kene rajin buat cleaning. Nak buat cleaning kena cari bahagian maintenance.

2. Kalau kertas sangkut jem jangan tarik dengan rakus. Ikut flow dia. Brother dia ada dua tempat nak tarik kertas (belakang dan bawah) dan ada cara dia ikut gambar yang dia tampal pada printer cara buka tempat kertas tersangkut.

3. Kertas tebal, nipis, licin kena test dahulu sesuai atau tidak dengan printer kita. Kalau tak sesuai jangan paksa kesian printer.

Cara nak Semak Bilangan Kertas Sudah dicetak

1. Cari user setting kemudian print report. Setiap printer caranya berbeza-beza untuk cari bahagian print report.

Seronok dapat tahu berapa keping kertas dah digunakan oleh cikgu-cikgu ni.

Sekadar pengalaman menggunakan printer Brother untuk dikongsi bersama.

Apa-apa printer pun yang kita pakai pastikan di shut down dengan betul untuk tahan lama.

Follow FP Tim Nazeri.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More