Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rukun Nikah: 5 Perkara Bakal Penganti Wajib Tahu

Rukun nikah adalah perkara yang bakal pengantin tahu. Ianya untuk tujuan kelancaran majlis dan juga untuk bakal pengantin tahu jika ditanya oleh Juru Nikah. Biasanya ada sesetengah tempat yang Juru Nikah atau Kadi akan ‘menemuduga’ bakal pengantin lelaki terlebih dahulu sebelum acara akad nikah dijalankan.

Biasanya temuduga ini berkaitan soalan basic seperti mengucap dua kalimah syahadah, syarat sah nikah, rukun nikah, dan bacaan-bacaan dalam solat serta lain-lain bergantung kepada penemuduga. Jika temuduga itu dijalankan depan khalayak ramai dan pengantin tidak tahu jawapannya, bukankah ia akan membuatkan bakal pengantin malu dan lebih berdebar.

Isi Kandungan

Ketahui 5 Rukun Nikah

Menurut seperti yang dikongsikan oleh laman rasmi Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu, rukun nikah ada 5 semuanya. Iaitu;

  1. Sighah
  2. Isteri
  3. Suami
  4. Wali
  5. Dua orang saksi
RUKUN NIKAH
Rukun Nikah: 5 Perkara Bakal Penganti Wajib Tahu 5

Rukun Pertama; Sighah

Sighah  ialah lafaz ijab qabul. Lafaz ijab adalah daripada wali seperti dia berkata: “Aku nikahkan engkau,” atau “aku nikahkan engkau dengan anak perempuan aku.”

Lafaz qabul adalah daripada pengantin lelaki seperti dia berkata: “Aku terima nikahnya,” atau “aku terima nikah anak perempuan engkau.” Sah jika pengantin lelaki mendahului lafaz wali kerana lafaz itu jika didahulukan atau dikemudiankan, ia memberikan maksud yang sama.

Rukun Kedua; Isteri

Rukun nikah yang kedua adalah isteri iaitu perempuan yang akan berkahwin. Syarat perempuan akan berkahwin itu ada beberapa jika untuk menjadikan perkahwinan itu sah. Syarat tersebut ialah;

  • Tidak mempunyai halangan-halangan untuk berkahwin seperti yang disebutkan ketika membincangkan mengenai perempuan-perempuan yang haram dikahwini dan dipinang.
  • Ditentukan. Jika wali berkata kepada pengantin lelaki: Aku nikahkan engkau dengan salah seorang daripada anak perempuanku,” maka tidak sah akadnya, kerana dia tidak menentukan anak yang mana satu yang akan dikahwini.
  • idak dalam ihram haji atau umrah.
RUKUN NIKAH
Rukun Nikah: 5 Perkara Bakal Penganti Wajib Tahu 6

Rukun Ketiga; Suami

Manakala rukun nikah ketiga pula suami iaitu lelaki yang akan berkahwin. Syarat bagi lelaki yang akan berkahwin ialah:

  • Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwini.
  • Lelaki tertentu. Jika Wali berkata: “Aku kahwinkan anak perempuan aku dengan salah seorang daripada kamu berdua,” maka perkahwinan tersebut tidak sah, kerana tidak ditentukan lelaki mana yang akan dikahwinkan.
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah kerana berpandukan hadis sebelum ini:

Rukun Keempat; Wali

Wali dalam rukun nikah ini adalah ayah kandung kepada pengantin perempuan. Namun, jika ayah pengantin telah meninggal dunia, wali boleh diganti dengan ahli keluarga lain yang telah disyariatkan. Kedudukan wali dalam perkahwinan adalah mengikut susunan seperti berikut:

  1. Bapa.
  2. Ayah kepada bapa (datuk).
  3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
  4. Adik-beradik lelaki sebapa.
  5. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa).
  6. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa).
  7. Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa).
  8. Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa).
  9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa).
  10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa).
RUKUN NIKAH
Rukun Nikah: 5 Perkara Bakal Penganti Wajib Tahu 7

Syarat wali

Wali sama ada bapa ataupun bukan, disyaratkan dengan syarat-syarat berikut:

  • Islam
  • Adil
  • Baligh
  • Berakal
  • Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan pandangan
  • Bukan orang yang berihram

Rukun Kelima; Dua Orang Saksi

Syarat untuk dua orang saksi ini pula adalah seperti berikut:

  • Islam

Akad nikah seorang perempuan yang bersaksikan orang bukan Islam tidak sah kerana akad nikah dianggap urusan agama. Ia mesti disaksikan oleh saksi yang beragama Islam. Juga kerana orang kafir tidak boleh menjadi saksi ke atas orang Islam.

  • Lelaki

Akad nikah tidak sah dengan penyaksian saksi perempuan. Kedua-dua saksi perlu lelaki.

  • Berakal dan baligh

Tidak sah akad nikah dengan kehadiran orang-orang gila dan kanak-kanak sahaja kerana akad nikah adalah satu akad yang amat besar. Kehadiran orang-orang gila dan kanak-kanak sahaja meremehkan perkara yang besar itu.

  • Adil

Kedua-dua orang saksi mestilah adil Walaupun luaran sahaja. Maksudnya kefasikannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak dizahirkan. ’

Tidak sah akad nikah dengan dua orang saksi yang jelas kefasikannya kerana penyaksiannya tidak diyakini.

  • Mendengar

Akad yang disaksikan oleh saksi pekak atau tidur adalah tidak sah kerana rnatlamat menjadi saksi tidak tercapai. Juga kerana akad yang disaksikan adalah perkataan yang dilafazkan. Oleh itu, saksi mesti mendengarnya.

  • Melihat

Akad tidak berlaku jika saksi buta kerana perkataan yang dilafazkan tidak boleh diperakui kecuali dengan menentUkan penuturnya (memerlukan saksi yang tidak buta) dan didengari.

RUKUN NIKAH
Rukun Nikah: 5 Perkara Bakal Penganti Wajib Tahu 8

Penutup

Justeru, semoga perkongsian tentang rukun nikah di atas memberi manfaat kepada bakal pengantin. Semoga semua urusan bakal pengantin seperti urusan pendaftaran secara online, surat menyurat, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi urusan lain pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga berjalan lancar dan rumahtangga beroleh sakinah, mawaddah dan warahmah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More