Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023

Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023 bagi calon-calon yang telah ditemuduga pada 19 Jun 2023 – 21 September 2023 kini dibuka bermula 3 November 2023.

Ini adalah hebahan rasmi Semakan Keputusan Temuduga SPP dan Tawaran Pelantikan kepada Graduan Pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi pengambilan Tahun 2023.

Isi Kandungan

Pemakluman Rasmi Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memaklumkan bahawa keputusan temuduga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2023 kepada calon-calon daripada kalangan Graduan Pendidikan yang telah ditemuduga pada 19 Jun hingga 21 September 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak bermula pukul 5.30 petang pada 3 November 2023 melalui Portal SPP.

Seramai 9552 orang calon telah berjaya dalam temuduga tersebut dan layak dilantik sebagai PPP Gred DG41 untuk mengisi sebahagian daripada keperluan PPP di Gred DG41 sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.

Proses seterusnya adalah penempatan calon-calon yang berjaya di mana ia akan diuruskan oleh KPM.

Justeru, calon-calon yang berjaya diingatkan supaya sentiasa merujuk kepada Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023

Cara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023

  • Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023 boleh dibuat melalui pautan berikut:

>>>Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023<<<

  • Calon-calon yang BERJAYA hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 15 Disember 2023.
  • Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temuduga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan / puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
  • Surat Arahan melapor diri / penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.
  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  • Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.
  • Untuk makluman, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Calon-calon yang BERJAYA dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
  • Sila kemukakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. Suruhanjaya akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
  • Untuk urusan pengambilan, anda boleh hubungi 03 – 8893 4019 / 03 – 8893 4020.

Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 2023 ini, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

Seterusnya, jika anda ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di LAKMNS November 2023Jawatan Kosong Di DOSM November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan-iklan Jawatan Kosong yang dikongsikan ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More