Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

Isi Kandungan

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

 

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41). Perkhidmatan Awam Malaysia ataupun (SPA) telah mengumumkan bahawa Exam Pengawai Tadbir dan Diplomatik (PTD M41) bagi mengikuti program Pascasiswazah Pengurusan Awam untuk sesi 2022. Berikut adalah 3 bahagian exam yang akan diduduki oleh calon Pengawai Diplomatik untuk gred M41.

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Tarikh dan Masa

Tarikh

Masa

8 Julai 2022

10 Pagi hingga 12 : 45 Tengahari

 

 

 

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

 

Semakan boleh dibuat di portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam klik di lini ini

Tujuan Exam ini ialah untuk menapis calon calon yang berdaftar untuk diserapkan ke dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Seperti anda ketahui, Berjuta-juta rakyat Malaysia telah mengisi borang permohonan online di laman web SPA tetapi hanya sebilangan kecil yang betul betul layak sahaja dapat memohon jawatan istimewa sebegini untuk kemasukan ke Perkhidmatan Awam. Untuk calon yang sudah layak, mereka akan ditapis melalui pelbagai kaedah iaitu :

  1. Tapisan SPA8i
  2. Exam Online Pengawai Tadbir dan Diplomatik (PTD M41)
  3. Ujian Psikometrik
  4. Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan

Pemeriksaan fizikal dan kecergasan untuk menentukan anda ‘fit’ atau tidak. Berkhidmat dalam sektor ini menjadi idaman untuk rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang ingin memulakan karier. Ia bukan satu rahsia lagi bahawa sesiapa yang berkhidmat sebagai jawatan awam atau bernaung bawah kerajaan akan menjalani kehidupan yang lebih mudah. Contohnya ialah mudah untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dan pembiayaan perumahan. Selain itu gaji pula adalah tetap dan itu amat membantu terutamanya pada pandemik ini.

Disini Kami akan memberitahu anda sedikit sebanyak tentang seskyen-seksyen kepada calon yang akan anda hadapi apabila menduduki Exam ini .

 

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seskyen ini bertujuan untuk menguji tentang pengetahuan calon terhadap isu-isu semasa yang berlaku di dunia pada amnya dan hal ehwal di Malaysia secara lebih khusus. Antara topik yang selalu disoal dalam Seksyen Pengetahuan Am ini ialah:

  1.  Isu-isu semasa
  2. Hal ehwal politik Malaysia
  3. Dasar awam pengurusan sumber ekonomi Malaysia
  4. Pengurusan sumber Kewangan
  5. Pengurusan Teknologi maklumat dan komunikasi
  6. Keselamatan negara

Masa : 40 minit 

Bilangan Soalan : 50 

 

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Halaman ini mengukur daya dan solusi cara menyelesaikan masalah calor dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara seperti :

  • Kemahiran Menggunakan Logik Akal 

Calon hendaklah menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir di luar kotak dan kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diterima untuk memilih jawapan yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

  • Kemahiran Menginterprestasi Data

Beberapa soalan akan diberikan kepada calon untuk diselesaikan menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon perlu menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

 

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

 

  • Konsep Matematik 

Konsep Matematik yang akan digunakan termasuklah geometri dan algebra. Walau ada diantara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma mahupun ijazah ini tidak bermaksud mereka ada kelebihan dalam seksyen ini berbanding calon daripada bidang lain. Jadi anda tidak perlu risau ini kerana soalan yang diberi adalah lebih kepada asas-asas matematik silibus pelajaran tingkatan 5 sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Masa : 45 Minit 

Bilangan Soalan : 40

 

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Seskyen ini pula calon akan diuji tentang tahap kebolehan dan kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Seskyen ini biasanya merangkumi dua (2) petikan yang pendek beserta 10 soalan tentang kefahaman Bahasa Inggeris dan 20 soalan tatabahasa.

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Semakan penjadualan Exam online SPA boleh dibuat dengan melayari

Facebook SPA 

atau Portal SPA Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

 

 

Semakan Panggilan Exam Pengawai Diplomatik (PTD M41)

 

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pengawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Secara umum, bidang tugas seorang pengawai PTD ini berkait rapat dengan proses dan implementasi penggubalan dan pengurusan dasar-dasar negara. Peranan seorang PTD  amat penting kerana merekalah yang terlibat dalam merancang menggubal dan melaksanakan dasar- dasar sesuatu perkara yang meliputi banyak aspek seperti aspek sumber manusia, pengurusan sesuatu organisasi, sumber ekonomi, kewangan, pentadbiran negara dan merancang pembangunan wilayah tertentu, daerah, tempatan, tanah perancangan dan pentadbiran sosial dan bermacam macam lagi yang seangkatan denganya. Ia juga meliputi perkara yang lebih mencabar seperti menjaga hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara. Selain itu ialah menjaga pertahanan negara dan juga pengurusan teknologi maklumat.

Di samping itu, calon yang berjaya diserapkan juga berpeluang untuk menjadi pengawai-pengawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Senarai berikut adalah kelebihan jikalau anda menjawat jawatan sebagai PTD :

Kelebihan Menjawat Pengawai Tadbir dan Diplomatik (PTD M41)

  1. Elaun perumahan
  2. Elaun Sara Hidup (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau pencen
  10. Bersara pada umur 58 tahun
  11. Peluang kenaikan pangkat dengan cepat
  12. Peluang melanjutkan pelajaran secara percuma
  13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  15. Tidak akan diberhentikan kerja sewenang-wenangnya
  16. Kemudahan perubatan secara percuma untuk keluarga dan ibu bapa

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More