Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SIP GIG PERKESO 2022 : INSENTIF RM600 SEHINGGA RM800 SEBULAN SELAMA 6 BULAN

PROGRAM SIP GIG PERKESO 2022 kini telah dibuka mulai 17 Januari 2022.

Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Selain itu, sekiranya anda bekerja sendiri anda boleh memohon KWSP i-Saraan : Insentif RM250 bagi yang bekerja sendiri.

SIP GIG PERKESO 2022

Isi Kandungan

APAKAH ITU SIP GIG PERKESO?

SIP GIG PERKESO adalah merupakan satu insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

APAKAH OBJEKTIF SIP GIG PERKESO 2022?

Antara objektif program ini adalah :

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM SIP GIG PERKESO?

Individu yang layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Manakala individu yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :

  1. Individu yang aktif bekerja.
  2. Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  3. Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  4. Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN DIBUKA?

Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022. Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?

Permohonan Program SIP Gig boleh dibuat melalui kaedah berikut :

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari laman MATRIX PERKESO.
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di laman MATRIX PERKESO dengan mengisi butiran yang diperlukan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN?

Rujuk senarai dokumen seperti berikut :

SIP GIG PERKESO 2022

APAKAH SYARAT UNTUK MENERIMA INSENTIF SIP GIG PERKESO 2022?

Berikut adalah syarat-syarat untuk menerima insentif tersebut :

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut, sila kunjungi :

SIP GIG PERKESO 2022

Akhir kata, semoga Program SIP Gig PERKESO ini mampu memberikan sinar baru buat mereka yang masih menganggur, diberhentikan kerja mahupun diberikan notis cuti tanpa gaji.

Semoga inisiatif ini mampu sedikit sebanyak meringankan beban mereka semua. Sebarkan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More