Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2023

Skim Jaminan Kredit Perumahan telah dibuka oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Ketika perbentangan Belanjawan 2023, Kerajaan telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak 5 billion bagi membantu pembeli rumah pertama yang mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar ansuran bulanan.

Isi Kandungan

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti

  • pekerja ekonomi gig dan bebas; atau
  • pemilik perniagaan; atau
  • peniaga; atau
  • usahawan kecil

yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

Perkara

Penerangan

Tujuan Pembiayaan

Pembiayaan gadai janji.

Had Pembiayaan

Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Mortgage
Reducing Term Takaful (MRTT), Long Term House owner’s Takaful (LTHO), yuran guaman dan yuran penilaian).

Jenis Pembiayaan

Pinjaman / pembiayaan bertempoh.

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

Jaminan Perlindungan

Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Long
Term House owner’s Takaful (LTHO), yuran guaman dan yuran
penilaian).

Kadar Faedah / Keuntungan

Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat.

Deposit

Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.

Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00.

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan.
  2. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami.
  3. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan.
  4. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan.
  5. Tiada rekod tertunggak Central Credit Reference Information System (CCRIS) melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  6. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
  7. Pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM11,000 dan mampu membayar ansuran bualanan dengan had pembiayaan sehingga RM500,000.00.

Cara Membuat Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  • Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan ini mestilah dibuat di mana-mana Cawangan Institusi-Institusi Kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.
  • Proses Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah seperti berikut:
    1. Bakal peminjam dikehendaki mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, bakal peminjam perlu memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat.
    2. Institusi Kewangan yang terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak.
    3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan akan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi jaminan pembiayaan.
    4. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang telah ditetapkan).
    5. Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.
    6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:
    1. Perjanjian asal Jual Beli / borang tempahan / resit bayaran muka.
    2. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada).
    3. Cukai Pendapatan / Penyata KWSP terkini.
    4. Surat pengesahan pekerjaan.
    5. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
    6. Surat pengesahan majikan (jika ada).
    7. Lesen perniagaan / kad pendaftaran Nelayan / permit teksi (yang mana berkenaan).
    8. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, sila rujuk laman rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More