Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2023

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Skim ini boleh dimohon oleh semua usahawan dalam talian (online) yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Isi Kandungan

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

TEKUN Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan.

  • Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh.
  • Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) adalah skim pembiayaan berasaskan tawarruq yang khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka.

Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.

Objektif SPOT adalah untuk membantu usahawan dalam talian (online) yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan.

Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah SPOT ini iaitu

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal.
  • RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 60 bulan / 5 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 3% setahun.

Skim Pembiayaan Online TEKUN

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk pembiayaan ini.

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI).
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI).
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online).
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000).
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Syarat tambahan: Penerima biaya TEKUN sedia ada (lain-lain produk) tidak layak memohon SPOT kecuali akaun yang berstatus ‘selesai bayar’ atau ‘tutup tamat’.

Cara Membuat Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

  • Permohonan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di pautan berikut:

>>>Senarai Penuh Cawangan TEKUN<<<

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini, anda boleh layari Portal Rasmi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) dan hubungi pihak TEKUN di saluran berikut.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More