Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SMPK LOGIN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN

SMPK LOGIN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN merupakan satu sistem yang berfungsi untuk mengumpul data istitusi prasekola dan para pelajar. Sistem ini sangat penting sebagai pemantau dan penilai kepada pendidikan pra-sekolah secara telus dah tepat. Semua guru yang terlibat secara langsung dengan pra-sekolah seharusnya sudah mahir dengan aplikasi ini.

Isi Kandungan

Apa itu SMPK LOGIN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN?

SMPK
Portal SMPK – Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Objektif Khas SMPK

  1. Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
  2. Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
  3. Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.

Matlamat Utama SMPK Dibina

Antara matlamat utama yang ingin dicapai melalui SMPK ialah:

  1. Pengumpulan maklumat murid-murid prasekolah 2009.
  2. Pengumpulan maklumat murid-murid prasekolah 2010.
  3. Permohonan pemilihan dan penempatan murid-murid Prasekolah 2011 dan tahun-tahun berikutnya.
  4. Pengurusan guru, PPM, dan Kelas Prasekolah 2011 dan tahun-tahun berikutnya.
  5. Penjanaan data prasekolah 2009 dan tahun-tahun berikutnya.

Tujuan Dan Sebab SMPK Dibangunkan

  1. Tiada sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.
  2. Menggantikan kaedah kutipan data secara manual.
  3. Kepelbagaian format kutipan data dan maklumat.
  4. Mengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.

Sila  “LOGIN SMPK” di sini

Di sini admin nak kongsikan link tersebut. Sila klik link dibawah yang telah kami sediakan.

Link : https://smpk.moe.gov.my/

SMPK LOGIN

Nota : Sila rujuk Manual Pengguna sekiranya anda memerlukan rujukan ataupun terus membaca maklumat yang kami kongsikan dibawah ini. 

Cara Login SMPK 2021 Online

  1. Anda perlu layari Portal Rasmi SMPK secara online menerusi pautan seperti berikut, KLIK https://smpk.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan. Kemudian klik pada butang ‘Masuk’.
  3. Pilih menu dan kemaskini maklumat anda.

Cara Pengisian Permohonan Manual Login

  1. Buka laman web seperti biasa
  2. Masukkan ID pengguna dan kata Laluan
  3. Klik anak panah ke kanan untuk teruskan
  4. Apabila sudah boleh masuk, Klik menu Permohonan ePrasekolah
  5. kemudian, Klik Tambah Permohonan Manual

    smpk step
    Nota : Paparan laman eprasekolah peringkat sekolah akan dipaparkan selepas pengguna klik Tambah Permohonan Manual
  6. Kemudian, Klik Permohonan atau Borang Permohonan Prasekolah untuk mengisi permohonan manual
  7. Sila masukkan No. Mykid dan klik butang seterusnya
  8. Sila lengkapkan semua maklumat murid berdasarkan borang permohonan yang telah dihantar oleh ibubapa/penjaga
  9. Setelah selesai, klik butang Langkah 2
  10. Sila lengkapkan dan kemaskini semua maklumat alamat semasa pemohon berdasarkan borang permohonan yang telah dihantar oleh ibu bapa/penjaga
  11. Setelah semuanya selesai dikuemaskini, klik butang Langkah 3
  12. Sila lengkapkan semua maklumat berkenaan dengan ibu dan bapa
  13. klik pada kotak “Tandakan Sekiranya Tinggal Dengan Penjaga” dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan (sekiranya berkaitan). Nota : Bagi kes anak tidak sah taraf (maklumat bapa tiada), isi maklumat bapa dengan perkataan Tidak Berkenaan dan pendapatan bapa adalah 0
  14. Klik butang Langkah 4.
  15. Klik butang Tambah Maklumat untuk memasukkan maklumat tanggungan dan Klik butang Simpan sekiranya semuanya telah dikemaskini.
  16. Sila ulangi langkah 16 hingga 18 jika tanggungan lebih dari seorang (sila rujuk borang permohonan yang dihantar oleh ibu bapa/penjaga).
  17. Klik butang Langkah 5 setalah memasukkan maklumat semua tanggungan. Sila klik ikon pensil jika ingin kemaskini lagi.
  18. Lengkapkan maklumat Sekolah Dipohon berdasarkan borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah/institusi.
  19. Klik butang Langkah 6 dan klik kotak pengesahan.
  20. Akhir sekali, klik butang Hantar Permohonan dan siap.

Nota : Nama kanak-kanak yang memohon mesti dimasukkan dalam maklumat tanggungan ibu bapa/penjaga. Tanggungan adalah tidak melibatkan suami atau isteri

Pesanan Kepada Para Pengguna SMPK

Sila Semak balik semua maklumat yang telah dikemaskini sebaik sahaja selesai membuat permohonan. Anda digalakkan untuk mencetak semua sekiranya ingin membuat semakan. Ini adalah penting bagi pengguna yang telah selesai untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak diingini berlaku.

Nota : Permohonan manual yang telah diisi akan dipaparkan bersama-sama dengan permohonan secara dalam talian.

Cara Membuat Permohonan Rayuan

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga itu sendiri melalui laman E-Prasekolah. Para ibubapa mestilah memasikan semua ID penggunga dan kata laluan sebelum membuat permohonan rayuan ini.

Ia menggunakan id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN. Berikut kami kongsikan tentang cara untuk membuat permohonan rayuan, sila ikuti langkah-langkah yang berikut :

  1. lik Mohon Rayuan pada kolum status rayuan (sekiranya ibu bapa/penjaga hadir dan ingin membuat rayuan)
  2. Lengkapkan maklumat yang berkaitan dan klik butang Hantar Rayuan

Nota : PPD/PPW/JPN perlu memproses semua permohonan rayuan yang diterima dan perlu membuat keputusan berdasarkan kekosongan yang ada. Dan keputusan permohonan rayuan oleh PPD/PPW/JPN adalah muktamad.

Program Transformasi Kerajaan – Pembangunan Pra-Sekolah

Anda boleh merujuk video yang kami kongsikan ini berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan di sleuluh negara.

Peringkat Pengguna Dan Agensi Pelaksana SMPK

Berikut merupakan peringkat pengguna dan agensi pelaksana di dalam sistem ini:

Peringkat Pengguna

  1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Jabaran Pelajaran Negeri (JPN)
  3. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  4. Institusi (Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta)

Peringkat Pelaksana

  1. Prasekolah sekolah-sekolah KPM
  2. Tadika KEMAS
  3. Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
  4. Tadika Swasta

Maklumat Terkini SMPK

Sekiranya anda sedang mengakses portal ini, anda akan dipaparkan dengan maklumat terkini dari SMPK seperti berikut :

PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM SKPK 2.0 SECARA DALAM TALIAN 

SKPK 2.0

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021

smpk

Pengukuhan Kata Laluan Pengguna SMPK

smpk

Selain itu, terdapat banyak maklumat terkini yang dikemaskini di dalam portal tersebut. Dan maklumat ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.smpk

Nota : Maklumat ini telah dikemaskini pada 28 Ogos 2020. Sila ambil maklum akan pemberitahuan ini.

Pengurusan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan 

Berikut merupakan pengurusan SMPK yang terlibat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan:

Pengurusan Yang Terlibat

Tugas dan Tanggungjawab

  • Guru Besar

Memantau pelaksanaan dan menyemak maklumat

  • Guru Prasekolah

Mengisi dan mengemaskini data apabila berlaku proses pergerakan guru, ppm dan murid

  • Pembantu Pengurusan Murid

Membantu guru prasekolah mengisi dan mengemaskini data di dalam aplikasi Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan

  • Guru ICT/Guru Data

Membantu di dalam penyediaan penggunaan ICT dan internet

Bagaimana kita boleh dapat manual berkenaan dengan SMPK ini?

  1. Anda perlu Layari laman web https://smpk.moe.gov.my/.
  2. Kemudian, sila lihat pilihan dibawah ruangan ID Pengguna serta Katalaluan.
  3. Kemudian, Sila Klik ‘Sila Pilih Fail..’
  4. Sila Pilih fail yang dikehendaki.
  5. Baca dengan teliti dan semoga membantu semua.

smpk

Apakah yang terkandung didalam Manual Pengguna SMPK?

Untuk manual, anda boleh pilih fail dan klik pada butang “Download” seperti berikut.
1. Manual ePrasekolah (PPD & JPN)
2. Manual ePrasekolah (Sekolah)
3. Manual SMPK (PPD & JPN)
4. Manual SMPK (Sekolah)
5. Manual Menu Bantuan PraSekolah (Sekolah)
6. Manual Kemaskini Maklumat Murid Berkeperluan Khas

Bantuan Helpdesk

  1. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  2. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Aduan Mengenai Sistem ePrasekolah

Sekiranya ada sebarang aduan berhubung masalah Sistem ePrasekolah, anda boleh hubungi di alamat emel berikut :

Helpdesk ePrasekolah : [email protected]

Alamat Emel bagi Jabatan Pendidikan Negeri

Disini kami kongsikan maklumat bekenaan dengan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah.

NEGERI

ALAMAT EMEL

JPN Johor

[email protected]

JPN Kedah

[email protected]

JPN Kelantan

[email protected]

JPN Melaka

[email protected]

JPN Negeri Sembilan

[email protected]

JPN Pahang

[email protected]

JPN Perak

[email protected]

JPN Perlis eprasekolah.

[email protected]

JPN Pulau Pinang

[email protected]

JPN Sabah

[email protected]

JPN Sarawak

[email protected]

JPN Selangor

[email protected]

JPN Terengganu

[email protected]

JPWP Kuala

Lumpur [email protected]

JPWP Labuan

[email protected]

JPWP Putrajaya

[email protected]

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sangat Penting?

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis generasi negara. Sistem pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun, ramai yang tidak tahu cara untuk mencorakkan kanak-kanak mengikut acuan yang betul.

Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika atau tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun. Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang mahir dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

Anda boleh merujuk artikel berkenaan seperti aktiviti Latihan Pra Menulis untuk Kanak-kanak untuk anak-anak kita dirumah. Pembinaan bangsa dan tamadun juga bermula dengan pendidikan. Oleh itu, pendidikan sejak kecil haruslah ditekankan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More