Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Seperti yang kita telah ketahui, Perdana Menteri  kita iaitu YAB Tan Sri Dato’ HajiI Muhyiddin Bin Haji Mohd.Yassin telah mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada hari ini iaitu pada 27 Mac 2020(Jumaat).Berikut adalah Isi Perutusan  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada rakyat semua.

Isi Kandungan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
  1. RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19,
    termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan
    kesihatan swasta.
  2. Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir.
  3. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.
  4. Bantuan Prihatin Nasional, Berikut adalah ringkasan pemberian Bantuan Prihatin Nasional mengikut jumlah bantuan, kategori penerima dan tarikh pembayaran:-
    • RM1,600
      • Bantuan kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020
    • RM1,000
      • Bantuan kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei
    • RM800
      • Bantuan kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020
    • RM500
      • Bantuan kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei
  5. Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH)
    yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan
    peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

  1. Pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
  2. Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak dirumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan
    orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang
    berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
  3.  Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk
    tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang
    peminjam.
  4. mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang
    dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
  5. Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B
    Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang
    penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
  6. Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan. Pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga
    September 2020. Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi
    4,649 unit rumah.
  7. Manakala bagi Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan
    memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa. PM
    menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya
    memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di
    negeri masing-masing.
  8. Kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.
  9. Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
  10. Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan
    dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi. Antara pakej khas yang akan
    ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
  11. Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan
    dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian
    telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
  12. Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada
    lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja
    secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.
  13. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.
  14. Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan. Selain itu, Kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.
  15. Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan
    kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta
    program integrasi tanaman.
  16. Sebagai langkah tambahan, Kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agro makanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Ini untuk memastikan bekalan makanan terjamin.
  17. Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu
    majikan mengekalkan pekerja. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
  18. Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500
    kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam
    Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu
    teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.
  19. Bagi memastikan kebajikan pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan
    seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, IPTA,
    institusi latihan awam serta agensi-agensi lain Kerajaan termasuk badan berkanun,
    Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja. Lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang
    melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju
    untuk memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai trade-off dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
  20. Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuk usahawan mikro,
    Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah
    RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama.
    • Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau
    Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah
    keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini
    akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
    • Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di
    bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses
    pembiayaan kepada PKS.
    • Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim
    Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi
    pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional
    dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat
    kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi
    berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada
    maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini
    adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor
    perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif
    dan peniaga atas talian.
    • Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun
    juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan
    Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
    • Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan
    kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan
    daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah
    mendapatkan pinjaman.
  21. PM juga prihatin dengan nasib pemilik-pemilik syarikat yang mengalami masalah
    aliran tunai. Untuk membantu saudara- saudari yang tertekan dengan masalah ini,
    kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah.• Pertama: KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan
    pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan
    bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
    Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang
    dianggarkan berjumlah RM10 bilion. Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih
    480,000 PKS dan syarikat yang terjejas, di samping menyelamatkan lebih 8
    juta pekerjaan.
    Kedua: Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia
    (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
    Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan
    keseluruhan bernilai RM440 juta;
    Ketiga: Dengan rasa peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh kira-kira 750
    ribu PKS, Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran
    cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April
    2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di
    mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada
    perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan
    bermula 1 April 2020. Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan
    untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga,
    keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.
    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bagi membantu PKS serta individu,
    Kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan
    penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran
    baki kad kredit kepada pinjaman berjangka dan penstrukturan semula pinjaman
    korporat. Langkah ini adalah penting untuk membolehkan syarikat terus
    berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti
    perniagaan masing-masing. Inisiatif ini melibatkan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion.
  22. Kerajaan bersetuju supaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik
    pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut
    diterima selepas tempoh moratorium.
  23. Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.
  24. Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama. Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.
    Fasa pertama yang melibatkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad
    dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan bermula dalam bulan Mei
    2020. Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan
    kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih.
  25. Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah
    RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan
    membiayai keperluan modal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada
    penilaian kredit oleh Danajamin. Kemudahan ini disasarkan kepada perniagaan yang
    berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat wabak
    COVID-19.
  26. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.
  27. Projek infrastruktur kawasan FELDA bernilai RM600 juta, projek membaik pulih
    sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih
    perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta.
  28. Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan
    dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan
    Kesalinghubungan Negara. Usaha ini selaras dengan fokus Kerajaan untuk
    memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More