Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Talent Suites Graduate Employment and Entrepreneurship Program 2021

Talent Suites Graduate Employment and Entrepreneurship Program 2021

Talent Suites Graduate Employment and Entrepreneurship Program 2021 adalah satu program pekerjaan terma singkat (short term), di mana peserta akan diberi latihan oleh syarikat terpilih, atau diberi latihan keusahawanan.

Talent Suites GEEP 2021

Talent Suites

Talent Suites menyediakan perkhidmatan solusi bakat/kebolehan yang merangkumi pembangunan dan penempatan bakat (Talent Development & Placement), proses pengurusan bakat (Talent Management Process) serta khidmat nasihat sumber manusia dan analisis ( HR Consulting & Analytics).

Fokus utama Talent Suites adalah pembangunan para graduan, penempatan serta pembangunan para pemimpin di antara graduan.

Talent Suites ditubuhkan pada Julai 2015 dengan sokongan kumpulan profesional yang mempunyai pengalaman amat luas di dalam bidang sumber manusia, merangkumi pemerolehan bakat-bakat, pembangunan bakat pekerja, dan pelbagai lagi.

Dengan pendedahan tempatan dan antarabangsa di dalam pengurusan bakat pemimpin usahawan bagi memastikan tercapainya matlamat perniagaan/perusahaan, para profesional Talent Suites memastikan rangkaian kukuh dengan ketua-ketua penting di dalam industri. Mereka juga menawarkan perspektif lebih luas di dalam kawasan fokus utama iaitu pembangunan para graduan dan pemimpin.

 

 

Talent Suites GEEP 2021

 

Talent Suites ingin menarik perhatian para graduan di luar sana yang masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Mereka mencari graduan-graduan yang tidak bekerja dan ingin mencari pekerjaan atau ingin mendapatkan peluang untuk memulakan langkah kerjaya mereka untuk menyertai Graduate Employment and Entrepreneurship Program 2021 (7-month Short-Term Employment Program).
Program ini adalah program pekerjaan terma pendek selama 6 bulan (6-month Short Term Employment Program), di mana para peserta akan melalui secara keseluruhan 1 bulan latihan dan 6 bulan penempatan kerja di syarikat terpilih (host company), ataupun peserta akan dilatih untuk memulakan perniagaan/perusahaan sendiri dan meneruskannya selama lebih daripada 6 bulan.
Kriteria-kriteria:
1. Memegang sijil sarjana muda
2. Mempunyai CGPA 2.00 ke atas
3. Berumur 30 tahun ke bawah
4. Tidak bekerja selama 6 bulan selepas tarikh peperiksaan terakhir bagi graduan baru
5. Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana lokasi berikut: Penang, Kedah, Perlis, Perak, Sabah and Sarawak.
Graduan yang memenuhi kriteria-kriteria di atas dan berminat untuk menyertai program ini di jemput untuk memohon. Sila isi maklumat dan upload resume menggunakan pautan berikut: Talent Suites Graduate Employment & Entrepreneurship Program 2021 

 

Peserta akan dipilih daripada calon-calon yang disenaraipendek, dan jika terpilih, mereka akan menghubungi anda untuk menghadiri sesi temuduga dengan syarikat yang berkaitan (host companies).

Sebarang persoalan boleh diajukan melalui emel ke: [email protected]

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kali ini berkenaan dengan Talent Suites Graduate Employment & Entrepreneurship Program 2021 memberi sedikit sebanyak maklumat buat semua graduan di luar sana, dalam membina kerjaya mereka setelah menamatkan pengajian. Selamat maju jaya buat semua graduan, semoga dapat menggapai impian dan berjaya dalam apa yang ingin diusahakan.

Dapatkan lebih banyak maklumat terkini berkaitan pendidikan dan peluang pekerjaan, sila klik pautan ini: t.me/tcerdotmy 

 

Artikel berkaitan:

Permohonan Program Graduan Cemerlang

Semakan Jadual Temu Duga Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan KPM

Jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Pelabuhan Malaysia (MIDA) 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More