Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Dibuat Secara Berfasa

Tarikh Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 akan dibuat secara berfasa mulai 8 September ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel ini.

Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Isi Kandungan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah bersifat am dan boleh dikatakan sangatlah diperlukan dalam sektor jabatan awam atau kementerian. Maka, jikalau anda mahu memohon jawatan ini, anda perlulah mendapatkan maklumat mendalam berkaitan jabatan atau agensi kerajaan yang anda pohon itu.

Ketahui pemgetahuan am seperti:

  1. Nama Menteri.
  2. Nama Timbalan Menteri.
  3. Nama Ketua Pengarah.
  4. Nama Timbalan Ketua Pengarah.
  5. Fungsi Jabatan-jabatan.
  6. Dan lain-lain.

Jenis Gred

Dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, terdapat 2 jenis gred iaitu:

  1. Gred DG29

Menjalankan tugas-tugas bidang pengajaran dan pembelajaran(kokurikulum), ko-kurikulum(sukan/kelab/persatuan dan lain-lain), pengurusan hal ehwal murid dan menjalankan tugasan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pengurusan pejabat dan lain-lain berkaitan.

    • Gaji minimum adalah RM1 698.
    • Gaji maksimum adalah RM5 717.
  1. Gred DG41

Menyampaikan kandungan kurikulum dalam bilik darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi dan aplikasi yang melibatkan murid, dan mengaplikasikan teknik penilaian berkaitan yang boleh mencerminkan pembelajaran murid bagi mencapai hasil pembelajaran berkesan.

    • Gaji minimum adalah RM2 188.
    • Gaji maksimum adalah RM9 552.

Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Tarikh Temu Duga

Menurut kenyataan rasmi yang sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP), tarikh temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 adalah seperti berikut:

  • Mulai 8 September 2021, Rabu.
  • Dilakukan secara One-Off.
  • Akan dilaksanakan secara berfasa.

Anda boleh membuat semakan temuduga bagi fasa 1 anda pada tarikh 3 September 2021 ini. Layari laman web utama SPP untuk mengetahui kelayakan anda. Penglibatan opsyen bagi temu duga pada kali ini sudah pun dikeluarkan.

Opsyen-Opsyen Yang Terlibat

Di bawah ini saya senaraikan opsyen-opsyen yang terlibat dalm sesi temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41.

 Bahasa Cina

 Bahasa Semai

 Bahasa Iban

 Bahasa Kadazandusun

 Muzik

 Sejarah(SJKC)

 Muzik(SJKC)

 Pendidikan Moral(SJKC)

 Pendidikan Khas(SJKC)

 Pendidikan Seni/Seni Visual

 Reka Bentuk dan Teknologi(SJKC)

Matematik(SJKC)

 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(SJKC)

 Tahfiz

 Bimbingan dan Kaunseling(SJKC)

Penglibatan Calon

Calon yang terlibat bagi temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 ini adalah mereka yang sudah pun membuat permohonan bagi peringkat sebelumnya pada tempoh lepas. Calonnya terdiri daripada:

  • Calon Graduan/Bakal Graduan Universiti Awam.
  • Calon Graduan/Bakal Graduan Universiti Swasta.
  • Calon Graduan/Bakal Graduan Universiti Luar Negara(melalui tapisan daripada pihak SPP)

Makluman Penting

Calon yang sudah membuat permohonan pada tempoh yang lalu, anda perlu mengetahui makluman penting ini.

  1. Temu duga bagi opsyen yang tidak dinyatakan di atas akan dijalankan pada fasa yang seterusnya.
  2. Pemakluman temu duga jawatan ini akan dimaklumkan hanya kepada calon yang layak sahaja. Sekiranya anda tidak menerima makluman, itu membawa maksud anda tidak layak dan tidak lepas untuk ditemuduga.
  3. SPP mengingatkan mana-mana calon agar rajin melayari lama web utama SPP atau mana-mana platform media sosial SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengambilan khas temu duga ini.

*NOTIS:

Selain daripada anda memohon dan menunggu tarikh temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 ini, anda juga boleh cuba membaca artikel berkaitan Kerja Kosong di Jabatan Penerangan Malaysia(JaPen), Kerja Kosong di Aswara dan Kerja Kosong di Jabatan Perkhidmatan Kuaranti dan Pemeriksaan Malaysia. Moga-moga membantu anda.

Manual Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan

Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, anda boleh memuat turun dokumen di bawah.

Manual Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan

Tips Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Nak lalui mana-mana temuduga, ianya tidak semestinya bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan am anda semata-mata. Percaya atau tidak, anda sangat memerlukan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan. Tetapi kena beringat, tips ini hanyalah sebagai pembantu anda untuk mana-mana cabaran temu duga nanti.

Contoh Soalan

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda beberapa soalan yang mungkin ditanya semasa sesi temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 nanti. Jadi, anda tidak akan terpinga-pinga untuk mendapatkan jawapan.

  1. Tujuan anda memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred41 ini.
  2. Ceritakan serba sedikit tentang diri(pengalaman, kemahiran dan sebagainya).
  3. Ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
  4. Perkara yang boleh anda sumbangkan sekiranya berjaya mendapatkan tempat dlama mana-mana posisi bagi jawatan ini.
  5. Apa tugas utama sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
  6. Adakah ASEAN masih lagi relevan dalam masa kini?
  7. Apa yang sudah anda pelajari berkaitan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 semasa di universiti?

Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Dibuat Secara Berfasa 1

Sebelum, Semasa dan Selepas Temu Duga

  1. Sebelum Temuduga
    1.  Mencari segala maklumat dan pengetahuan am berkaitan isu semasa.
    2.  Membuat kajian mendalam berkaitan tugas yang dipohon.
    3. Mendapatkan soalan popular dan tips berkaitan.
  2. Semasa Temuduga
    1. Menjawab segala soalan yang ditanya dengan tenang.
    2. Tidak terlalu takut, gementar dan tidak yakin.
    3. Membaca doa dan memandang mata panel temu duga sebagai bukti anda yakin dengan jawapan anda.
  3. Selepas Temuduga
    1. Sentiasa ambil tahu berkaitan mana-mana kemas kini.
    2. Sentiasa berdoa dan bertawakal.

Video

Buat Peringatan Sekarang

Diharapkan agar perkongsian berkaitan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini mampu membantu mana-mana calon yang turut serta. Diharapakan agar anda sentiasa diberikan kemudahan dan kelancaran bagi menghadapi sesi temu duga ini kelak. Buatlah tanda di kalender atau menetapkan tarikh di telefon pintar anda.

Ambillah dan gunakanlah segala peluang yang ada. Niatkan diri kerana keredhaan Ilahi. Moga maju jaya.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More